Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa. sesungguhnya Dialah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. Az-Zumar : 53
Dan kembalilah kamu kepada Tuhan kamu dengan bertaubat, serta berserah bulat-bulat kepadaNya, sebelum kamu didatangi azab, kerana sesudah itu kamu tidak akan diberikan pertolongan. Az-Zumar : 54
semoga tahun baru ini akan memberi sejuta rahmat buat kita semua.. :)