Monday, December 19, 2011

Hidup Tak Selalunya Indah

Assalamua'laikum..

hidup manusia penuh dengan kedukaan..penuh dengan kepayahan..bak kata Hijjaz, hidup tak selalunya indah..langit tak selalu cerah..tapi..ini adalah lukisan alam yang perlu kita tempuh dengan penuh kesabaran.. hakikatnya, kesedihan yang kita rasa merupakan ujian dari Allah..ujian itu ibarat medan mujahadah untuk kita menentang nafsu demi mencapai kemenangan sebagai seorang muslim yang tinggi martabat di sisiNYA..sesungguhnya, Allah tidak pernah kejam kepada hamba-hambanya..setiap musibah yang berlaku, pasti ada jalan keluarnya..itu adalah janji Allah..cuma, kita hanya perlu bersabar, berusaha, berdoa dan bertawakal..insyaAllah ketenangan dan kebahagiaan akan menjadi milik kita..


kadang-kadang kita kecewa dengan orang-orang yang berada di sekeliling kita..kadang-kadang kita sedih mengenangkan peristiwa-peristiwa silam yang menyentuh hati..kadanag-kadang terasa sayu mengenang nasib diri yang dihinggapi bermacam-macam masalah..tapi..hakikatnya, penderitaan yang kita rasa dipandang Allah dengan penuh belas kasihan..sungguh DIA maha penyayang lagi maha mengetahui..Allah hanya ingin melihat sejauh mana kesabaran kita..seteguh mana iman kita..sekuat mana hati kita..andai kita berputus asa, bukankah kita tewas dengan ujian Allah..? andai kita marah dan memberontak, bukankah kita gagal menjadi hamba yang berserah diri..? subhanallah..


kalau kita bersenang-lenang di atas muka bumi Allah ini, kemungkinan besar kita akan lupa kepadaNYA.. kalau kita tak diuji dengan kesedihan, mana mungkin kita menjadi orang yang beriman..jadi, sama-sama laa kita tingkatkan kesabaran dan ketakwaan dalam diri demi mencapai keredhaan Allah..sama-sama laa kita jadikan limau yang masam terasa nikmat yang manis :)

Sunday, November 27, 2011

New Year

Salam Maal Hijrah


Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa. sesungguhnya Dialah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.  Az-Zumar : 53

Dan kembalilah kamu kepada Tuhan kamu dengan bertaubat, serta berserah bulat-bulat kepadaNya, sebelum kamu didatangi azab, kerana sesudah itu kamu tidak akan diberikan pertolongan.  Az-Zumar : 54

semoga tahun baru ini akan memberi sejuta rahmat buat kita semua.. :)

Saturday, November 26, 2011

Rahsia Hati

Wahai seorang kekasih..
di sini aku ingin menyatakan hasrat hati..semoga kau akan memahami apa yang tersirat di kalbuku selama ini..aku lihat kau begitu indah..namun aku tahu, kau juga ada kekurangan..cuma, kekuranganmu itu hanya menjadi rahsia pencipta yang maha agung..aku tak mampu mentafsir di mana silap tentang dirimu..mungkin sifat itu berselindung di sebalik cinta yang aku pendam..mungkin juga ditutup rapi dengan perasaan indahku terhadapmu..


Wahai seorang kekasih..
namamu selalu di mindaku..wajahmu yang tenang itu sering terpancar dalam bayanganku..setiap hari aku tercari-cari akan dirimu..entah untuk apa..sebenarnya aku gemuruh pabila kita bersua muka..dan aku terasa bahagia saat kita berbicara bersulam jenaka..tapi aku tahu, kau tak pernah merasa semua itu kan..

Wahai seorang kekasih..
aku sedar siapa diriku ini..aku hanya insan biasa yang tak punya apa-apa..sedang kau jejaka hebat yang memiliki segalanya..aku mengerti kau sedang di lamun cinta..siapakah si gadis bertuah itu wahai jejaka..?? kau sering memujinya tanpa meninggalkan tanda untuk aku meneka gerangannya..alangkah cemburu dihatiku..tapi tak mengapa..aku merelekannya kerana aku tak punya kuasa untuk menghalang perasaanmu..

Wahai seorang kekasih..
sebenarnya aku rasa teramat bersalah kepada pencipta kita kerana membiarkan dirimu bertandang dalam hati dan pemikiranku..aku tersiksa kerana gagal berperang dengan nafsuku..tapi..sungguh..andai kau tahu akan perasaanku terhadapmu, pasti kau akan terharu..


Wahai seorang kekasih...
aku rasa..biar setakat sini sahaja kau hidup dalam diriku..cukuplah sampai sini aku pendam rasa..pergi lah kau terbang bebas mencari tujuanmu..aku pasrah..aku tak mahu siksa jiwaku lagi..pergilah kau dari hatiku..aku terasa berdosa pada tuhan kita..aku gagal menundukkan pandanganku..aku gagal mengawal perasaanku..namun, aku masih berpeluang untuk membetulkan keadaan kan..? biarkan aku hanya memiliki cinta hakiki..itu adalah yang terbaik untukku..hasbiyallahu..

Tuesday, November 1, 2011

I'm Waiting

Salam Baitullah..

Abu Hurairah states that Messenger of Allah has said :
"the haji and one who performs umrah are the ambassadors of Allah.
If they beseech Him, He (Jalla Jalalahu) would respond to them, and if they seek His forgiveness, He (Subhanahu Watala) would forgive them."
(Ibn Majah)

i wish i can go to Mecca before my last breath..i hope i can touch the kaabah wall and kiss the hajarul aswad..i'm truly want to see our prophet's tomb in front of my eyes..i'm just waiting for that..ya Allah..

the center of the earth..wonderful



btw..salam Aidil Adha to all muslims..may Allah bless us.. :)




Thursday, October 27, 2011

Tangisan Ayah Bonda

Salam Akhir Zaman..


Alhamdulillah..wujudnya kita di dunia ini adalah hasil daripada kasih sayang dua insan yang bergelar ibu dan ayah..Subhanallah..berdiri dengan megahnya kita pada hari ini adalah hasil daripada pengorbanan kedua-dua orang tua kita..tanpa mereka siapalah kita.. 

kata orang dulu-dulu, kasih ibu membawa ke syurga..kasih ayah berkorban nyawa..Allahuakbar..namun, kebanyakan anak pada hari ini lupa daratan..lupa cara menghormati..lupa mengasihi..sanggup membiarkan ibu dan ayah menghabiskan sisa hidup mereka di rumah orang tua-tua..Nauzubillah..

ibu dan ayah pasti sedih dan pilu mengenang anak-anak yang tak pernah merindu jauh sekali khuatir akan keadaan mereka..tubuh yang uzur dibuang jauh kononnya menghilangkan beban yang menyusahakn..tak terhitung air mata mereka angkara anak yang tak kenang budi..lupakah si anak bahawa orang tua mereka itu adalah pemegang kunci syurga di akhirat nanti..sungguh penyelewengan yang tak disedari melainkan keduanya kembali ke rahmatullah..

bukan hanya ibu dan ayah yang terguris hati, Rasulullah juga pernah menitiskan air mata mendengar pengaduan seorang lelaki tua mengenai anaknya yang derhaka..lelaki itu menyatakan kesedihannya dengan untaian syair yang memilukan..... 
(Ditakhrij oleh Ibnu Majah, Imam Ahmad, Ibnu Hibban, Al-Baihaqi)


ketika engkau masih kecil, tangan ini yang memberimu makan..engkau minum juga aku yang tuangkan..apabila dirimu sakit, aku berjaga semalaman..kerana sakitmu itu aku mengeluh kerisauan..tetapi, di saat engkau dewasa dan mencapai tujuan..kulihat pada dirimu apa yang tak kuharapkan..kau balas aku dengan kekasaran..seakan-akan nikmat dan anugerah engaku yang berikan..

sesungguhnya kasih sayang yang paling ikhlas tanpa syarat hanyalah kasih sayang ibu dan ayah..jadi sama-samalah kita menjaga mereka sehingga di akhir kalam..tersangatlah rugi jika kita tergolong dalam kalangan anak yang derhaka..berbaktilah kepada kedua orang tua kita sebaik-baiknya..andai mereka pernah buat silap pada kita sekalipun, ingatlah..kedudukan mereka tetap tinggi..semoga kita sentiasa berada dalam redha Allah..Insyaallah..

Sunday, October 16, 2011

Hidup Tak semudah A B C

Rasa bersalah pada penciptaku bila aku tewas menjadi hamba yang mengejar akhirat..rasa sakit dalam jiwa bila aku terpaksa buat sesuatu yang aku tak suka..rasa sedih dalam hati bila aku terpaksa berdepan dengan orang yang tak pernah senang melihat wajahku..rasa gelisah dalam hidup bila aku tak mampu betulkan kesalahan silam yang penuh dengan salah faham..rasa sengsara dalam diri bila aku gagal melawan nafsu dari mengingati seorang insan yang tak halal bagiku..rasa lemah dalam minda bila aku sentiasa memikirkan masalah yang tak dapat diungkap dengan kata2 itu..


hakikatnya hidup nie bukan laa semudah A B C..macam2 cabaran dan pengalaman kita kena lalui..mungkin semua pengalaman yang kita ada tu boleh buat kita jadi lebih matang dan kenal erti hidup yang sebenar..yang penting kita kena bersabar walaupun sabar itu bukan sesuatu yang mudah..kan..?

sesungguhnya ujian itu rahsia Allah..Allah tidak akan membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya..subhanallah..kasih sayang Allah terlalu tinggi untuk kita..tapi sayang..terlalu sikit kita bersyukur..

semoga semuanya akan selesai..hopefully hati dan pemikiran aku akan sentiasa tenang..sesungguhnya di sebalik kesusahan itu ada kemudahan..btw, special thankz to all my family n friends who always care of me and understand myself..

Sunday, September 11, 2011

Tidak ada Keraguan TentangNYA

Assalamualaikum..

Rasa syukur dipanjatkan kepada Allah, tuhan pencipta sekelian alam..segala nikmat dan kurniaannya terlalu banyak untuk membuktikan cintaNYA kepada kita..subhanallah

dalam riwayat bukhari ada menyebut, Allah berfirman : "aku selalu mengikut sangkaan hambaku. aku sentiasa bersama-samanya. ketika dia mengingatiku dalam dirinya, aku pun mengingatinya dalam diriku. jika dia mengingatiku di hadapan orang ramai, aku pun akan mengingatinya di hadapan orang yang lebih ramai. jika dia mendekatiku sepanjang sejengkal, aku akan mendekatinya sehasta. jika dia mendekatiku sehasta, aku akan mendekatinya sedepa. jika dia mendatangiku dengan berjalan kaki, aku akan mendatanginya dengan berlari."


kasih sayang Allah terlalu besar untuk kita..malangnya, ada orang yang mengaku dirinya islam tapi ragu-ragu tentang kewujudan Allah..ada yang keliru dan sentiasa ingin tahu bagaimana rupa Allah..masyaAllah..usiklah iman, bagaimana keadaannya saat melontarkan keraguan itu..manusia memang ada sifat ingin tahu..tapi sedar laa bahawa kita tak akan mampu..


bayangkan ada sebuah kotak yang tertutup rapi..boleh tak kita tahu dengan tepat apa yang ada dalam kotak tu? kita tak kan tahu kan..sebab kita nie lemah..perkara yang remeh sebegitu pun kita tak mampu untuk berfikir, inikan pula tentang rupa Allah, tuhan yang maha mulia..maha agung..tak terjangkau akal kita..

andaikan kita melihat kapal terbang di atas awan sana..kita tahu tak ada pemandu yang sedang mengendalikan kapal terbang tu? mesti ada kan..malah kita yakin ada..tapi kita tak nampak pun..so macam mana kita yakin? begitu laa Allah..sesungguhnya Allah itu wujud..tidak ada keraguan tentangNYA..

tidakkah kita melihat kalimah Allah di merata-rata tempat? tidakkah kita menyedari kewujudan kalimah itu pada diri kita sendiri? tidakkah kita merasai ada zat yg sedang menguasai seluruh alam? nikmat Allah yang mana yang sedang didustakan?



apabila kita berpegang pada rukun islam dan rukun iman, pasti tidak ada sebarang keraguan di dalam hati tentangNYA..sesungguhnya islam itu indah..janganlah kita mencemarinya dengan debu-debu hitam yang boleh memesongkan akidah kita..nau'zubillah..jadi, mari sama-sama kita kaji ayat-ayat Allah agar bertambah kekuatan iman dalam diri dan merasai kemanisannya..sesungguhnya Allah itu penyabar..DIA maha pengampun.. :)

Thursday, August 25, 2011

Saat itu

Assalamualaikum..

pernah tak kita bayangkan saat roh sedang keluar meninggalkan jasad kita? masa tu dengan izin allah, dipertontonkan destinasi kita di akhirat sana..syaitan pula tak jemu-jemu mengajak kita untuk meninggalkan agama yang agung ini..mampukah kita mengucap kalimah lailahaillallah..?

pernah tak kita bayangkan keadaan kita saat berada dalam kubur? apa perasaan kita bila malaikat datang untuk menyoal kita..mampukah kita menjawab semua soalan itu..?

pernah tak kita bayangkan suasana padang mahsyar? dalam keadaan apa kita dibangkitkan untuk mengadap ALLAH..? layakkah kita menerima syafaat NABI..dan yang paling takut, tangan mana yang akan menerima buku amalan..?

pernah tak kita bayangkan perjalanan kita diatas titian siratulmustaqim? titi yang menjadi penentu destinasi kita yang abadi..adakah sepantas kilat kita dapat melepasi titi itu atau kita akan terjatuh kebawah..?

semoga ALLAH memberi kesudahan yang terbaik untuk kita semua..kita tak tahu bila malaikat maut datang untuk menjemput kita kan.. boleh jadi tahun depan, boleh jadi bulan depan, boleh jadi minggu depan, boleh jadi esok dan boleh jadi sekejap lagi..so bersedia laa setiap masa.. :)


MENANTI DI BARZAKH
FAR EAST

ku merintih, aku menangis
ku meratap, aku mengharap
ku meminta dihidupkan semula
agar dapat kembali ke dunia nyata

perjalanan rohku melengkapi sebuah kembara
singgah di rahim bonda sebelum menjejak ke dunia
menanti di barzakh sebelum berangkat ke mahsyar
diperhitung amalan penentu syurga atau sebaliknya

tanah yang basah berwarna merah semerah mawar dan jugak rindu
tujuh langkah pun baru berlalu seusai talkin penanda shahdu
tenang dan damai di pusaraku, nisan batu menjadi tugu
namun tak siapa pun tahu resah penantianku

terbangkitnya aku dari sebuah kematian
seakan ku dengari tangis mereka yang ku tinggalkan
kehidupan di sini bukan suatu khayalan
tetapi ia sebenar kejadian

kembali oh kembali, kembalilah ke dalam diri
sendirian sendiri, sendiri bertemankan sepi
hanya kain putih yang membaluti tubuhku
terbujur dan kaku, jasad didalam keranda kayu

ajal yang datang dimuka pintu, tiada siapa yang memberitahu
tiada siapa pun dapat hindari, tiada siapa yang terkecuali
lemah jemari nafas terhenti, tidak tergambar sakitnya mati
cukup sekali tak sanggup untuk ku mengulangi

jantung berdenyut kencang menantikan malaikat datang
menggigil ketakutan gelap pekat dipandangan
selama ini diceritakan kini aku merasakan
di alam barzakh jasad dikebumikan               

ku merintih, aku menangis
ku meratap, aku mengharap
ku meminta dihidupkan semula
agar dapat kembali ke dunia nyata


 

Sunday, August 14, 2011

Silent Love

Assalamualaikum..

i wanna ask you something..

have you ever lived in pretense..?? i mean quietly loving without any condition..a feeling of love that's unknown and hiding it, not knowing for how long..
have you ever fallen deeply..?? loving the person unconditionally and just acting normal all the time..
have you ever been hurt unintentionally but put on a smile, pretended to be happy..?? deep inside you're in pain and suffering but outside you're jolly and laughing..


the greatest distance on earth is not north and south..it is when i'm right in front of you and you do not know that i love you..



biar laa menjadi rahsia..rasa suka, sayang dan cinta itu adalah anugerah Allah..tapi..selagi tidak halal di sisiNYA, untuk apa dan demi siapa membiarkan perasaan itu berkembang hari demi hari..? sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertakwa..apa laa nilai pengorbanan perasaan ini kalau nak dibandingkan dengan mentaati ketetapan Allah..yakin dan percaya laa bahawa Allah tidak akan mensia-siakan hambaNYA..semoga cinta yang dicari adalah cinta suci yang dibina melalui keredhaan Allah.. :)

Saturday, August 13, 2011

Tarawih Prayer

Salam Ramadhan..

Ramadhan adalah bulan yg mulia dan merupakan pesta ibadah yg menjadi kebanggaan kita..bulan ni laa umat islam menunaikan solat tarawih yg penuh dengan kelebihan dan keberkatan..sungguh besar fadhilat solat tarawih..

malam pertama
keluar dosa-dosa orang mukmin sepertimana ia baru dilahirkan dan mendapat keampunan dari Allah..

malam kedua
diampunkan dosa-dosa orang mukmin serta kedua ibubapanya (sekiranya mereka orang yg beriman)..

malam ketiga
berseru para Malaikat di bawah Arasy supaya meneruskan solat tarawih terus-menerus dan semoga Allah mengampunkan dosa-dosanya..

malam keempat
memperolehi pahala sebagaimana pahala oranag-orang yg membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran..

malam kelima
Allah mengurniakan pahala seumpama orang yg solat di Masjidilharam, Masjid Madinah dan Masjidil Aqsa..

malam keenam
Allah mengurniakan pahala kepadanya seumpama pahala Malaikat-malaikat yg tawaf di Baitul Mamur (70 ribu Malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah-tanah mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa-dosa orang yg mengerjakan solat tarawih pada malam ini..

malam ketujuh
seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong Nabi itu menentang musuh ketatnya, Firaun dan Hamman..

malam kelapan
Allah mengurniakan pahala orang solat tarawih sepertimana yg telah dikurniakan kepada Nabi Allah Ibrahim Alaihissalam..

malam kesembilan
Allah mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad S.A.W.

malam kesepuluh
Allah Subhanahuwataala mengurniakan kepadanya kebaikan di dunia dan di akhirat..

malam kesebelas
keluar ia daripada dunia (mati) bersih daripada dosa seperti baru dilahirkan..

malam kedua belas
dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yg bercahaya

malam ketiga belas
dibangkitkan pada hari kiamat dalam aman sentosa daripada tiap-tiap kejahatan dan keburukan..

malam keempat belas
datang Malaikat menyaksikan ia solat tarawih dan Allah tidak menyesatkannya pada hari kiamat..

malam kelima belas
semua Malaikat yg menanggung Arasy, Kursi, berselawat dan mendoakannya supaya Allah memberi keampunan kepadanya..

malam keenam belas
Allah tuliskan baginya antara golongan yg terlepas daripada neraka dan dimasukkan ke dalam Syurga..

malam ketujuh belas
Allah kurniakan pahala orang yang bertarawih pada malam ini sebanyak pahala Nabi-nabi.

malam kelapan belas
Seru Malaikat : Hai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha kepada engkau dan ibubapa engkau (yang
masih hidup atau mati)..

malam kesembilan belas
Allah Subhanahuwataala tinggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus..

malam kedua puluh
Allah kurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang solihin..

malam kedua puluh satu
Allah binakan sebuah istana dalam Syurga daripada nur..

malam kedua puluh dua
dibangkitkan pada hari kiamat aman daripada tiap-tiap dukacita dan kerisauan (tidaklah dalam keadaan huruhara di Padang Masyar)..

malam kedua puluh tiga
Allah Subhanahuwataala binakan kepadanya sebuah bandar di dalam Syurga daripada nur..

malam kedua puluh empat
Allah buka peluang 24 doa yang mustajab bagi orang bertarawih malam ini, (elok sekali berdoa ketika dalam
sujud)..

malam kedua puluh lima
Allah Taala angkatkan daripada siksa kubur..

malam kedua puluh enam
Allah kurniakan pahala kepada orang bertarawih pada malam ini seumpama 40 tahun ibadat..

malam kedua puluh tujuh
Allah kurniakan orang bertarawih pada malam ini ketangkasan melintas atas titian Sirotulmustaqim seperti
kilat menyambar..

malam kedua puluh lapan
Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 darjat di akhirat..

malam kedua puluh sembilan
Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 kali haji yang mabrur..

malam ketiga puluh
Allah Subhanahuwataala beri penghormatan kepada orang bertarawih pada malam terakhir ini yang
teristimewa sekali, lalu berfirman:
“Hai hambaKu : makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingini hendak makan di dalam syurga, dan mandilah engkau dariapda air syurga yang bernama Salsabila, serta munumlah air daripada telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad S.A.W. yang bernama Al-Kauthar.”

Thursday, August 11, 2011

I Believe

when you're searching for the light
and you see no hope in sight
be sure and have no doubt
he's always close to you

he's the one who knows you best
he knows what's in your heart
you'll find your peace at last
if you just have faith in him

you're always in our hearts and minds
your name is mentioned everyday
i'll follow you no matter what
my biggest wish is to see you one day

i believe
i believe
i believe
do you believe, oh do you believe?

coz i believe
in a man who used to be
so full of love and harmony
he fought for peace and liberty
and never would be hurt anything
he was a mercy for mankind
a teacher till the end of time
no creature could be compared to him
so full of light and blessings

if you lose your way
believe in a better day
trials will come
but surely they will fade away
if you just believe
what is plain to see
just open your heart
and let his love flow through

i believe i believe, i believe i believe
and now i feel my heart is at peace..


Tuesday, August 2, 2011

Marhaban yaa Ramadhan

Salam Ramadhan..

Daripada Abu Hurairah r.a. Rasulullah s.a.w. bersabda yg bermaksud..
Allah berfirman, "setiap amalan manusia itu untuknya kecuali puasa..
ia untukku dan aku yg memberi ganjarannya."


berlapar kerana Allah indah nikmatnya.. :)

Saturday, July 30, 2011

The Right Way ( Hijrah menuju Allah )

Salam Akhir Zaman..

cahaya dan kekuatan merupakan iman yg sebenar..andai manusia memilikinya, pasti diri akan meningkat setinggi-tingginya sehingga mencapai nilai yg melayakkannya ke SYURGA..tapi..andai manusia membanjiri hidupnya dengan kekufuran, pasti diri akan jatuh serendah-rendah darjat yg membawanya ke NERAKA..

dunia ibarat pentas ujian yg akan menetukan destinasi kita di akhirat sana..hakimnya yg maha arif lagi maha bijaksana sentiasa jitu lagi adil dalam melakukan penilaian..malangnya, kebanyakan manusia tak pernah bersedia di atas pentas ini walaupun peluang demi peluang diberi untuk memperbaiki kelemahan diri..terlalu sukar manusia mentaati syarat-syaratNYA meskipun semua syarat itu dilimpahi dengan nikmat islam yg tiada bandingannya..mudah benar manusia membiarkan syaitan dan hawa nafsu memimpin diri sehingga hidup menjadi gelap gelita..


sebelum mentari terbit di ufuk yg berlawanan, manusia masih mampu mengubah perjalanan hidupnya..belum terlambat untuk kembali mengabdikan diri kepada Allah..walaupun caranya agak sukar namun dengan adanya cahaya dan kekuatan dalam diri, manusia akan berjaya mencapai sinar islam yg sebenar..segalanya bermula dengan niat yg ikhlas..siapa yg akan mengubah diri ini jika bukan kita sendiri..berdoa lah kepada yg maha mendengar agar diberi taufik dan hidayah untuk menegakkan agama ini..

penghijrahan menuju Allah adalah jihad yg sukar dilaksanakan..namun, manusia tidak boleh menyerah kalah..dirikan lah benteng yg teguh demi mencapai kemenangan..ingat lah..kita adalah hamba Allah..hamba..sebagai hambaNYA, apa yg dah kita lakukan selama ini..?apa..? SESUNGGUHNYA ALLAH MAHA PENGAMPUN.... :)

Saturday, July 2, 2011

Love

Assalamualaikum..


semua orang ada perasaan cinta pada manusia..cuma cara mengawal rasa tu yang sama..tapi..bila diri kita belum dihadiri cinta manusia, jangan kita kata kita sunyi sebab di atas sana ada yang sedang memerhati..sebelum kita mencari cinta manusia, carilah cinta yang maha mencintai..semoga kita bahagia dunia dan akhirat..amin.. :)


kalau jalan menuju cinta Allah tu gelap, macam mana kita nak sampai pada destinasi cinta yang kita cari..kadang-kadang kita kalah dengan godaan nafsu..tapi sesungguhnya jihad yang paling agung adalah peperangan menentang nafsu sendiri..benda yang terbaik, memang laa susah nak buat..jadi bersabar lah..insyaAllah kita mampu.. :)


kalau kita fikir dalam-dalam, ada apa pada cinta manusia yang kadang-kadang penuh dengan dosa semata-mata sedangkan islam menunjukkan cara yang terbaik untuk bercinta antara manusia..sebenarnya, roh kita perlukan makanan yang terbaik..jadi jom kita beribadah kepada Allah dengan penuh keikhlasan..semoga diri kita menjadi kelas pertama.. :)


cinta Allah bersulam redha dan keampunan..ayat al-Quran, surah Ali 'Imran : katakanlah, jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, nescaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu..

Wednesday, June 22, 2011

Sakaratul Maut

Salam Sakaratul Maut..


setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati..walau macam mana kita cuba elak pun, maut tetap akan datang tepat pada waktunya..jadi, sudahkah kita bersedia? pernah tak kita membayangkan detik-detik kematian kita nanti? sabda Rasulullah s.a.w. "sakaratul maut itu sakitnya sama dengan tusukan tiga ratus pedang"..astagfirullahhala'zim..macam mana laa keadaan kita kan..


Imam Ghozali mengutip atsar Al-Hasan yg bermaksud "demi Allah, seandainya jenazah yang sedang kalian tangisi bisa berbicara sekejab lalu menceritakan pengalaman sakaratul mautnya pada kalian, nescaya kalian akan melupakan jenazah tersebut dan mulai menangisi diri kalian sendiri"..sebenarnya Allah tutup hijab kita daripada tengok keadaan sebenar orang-orang yang sedang diambil nyawa mereka..pada pandangan kita, orang tu tak rasa sakit, tapi hakikat sebenar kita tak nampak keperitan mereka..wallahhua'lam..




setiap hari malaikat maut datang melawat kita sebanyak 70 kali..masa tu apa yang kita buat? disebabkan kita tak nampak malaikat, kita leka dengan urusan-urusan dunia..kan..? ada org, selalu lupa kat Allah..malah, seronok buat maksiat dan rasa megah dengan nikmat yang mereka dapat..orang-orang yang macam ni berada dalam keadaan yang bahaya sebab mungkin Allah akan ambil nyawa mereka dalam keadaan sedang buat maksiat..bila  tersedar, mereka dah pun ada dalam kubur dan tiba2 datangnya malaikat, ular-ular yg besar, kala jengking dan sbagainya..nau'zubillah..


untuk meringankan keseksaan roh ketika dicabut oleh malaikat maut, kita mestilah tingkatkan amalan kita, antaranya :
  • berzikir
  • menjaga solat terutamanya solat fardhu
  • menghormati azan
  • sentiasa membaca al-Quran
  • membanyakkan bersedekah
  • bertasbih
amalan yang perlu dijauhi :
  • bercakap bohong
  • khianat
  • mengadu domba
  • kencing berdiri
kata nabi, orang yang paling bijak adalah orang yang sentiasa mengingati mati..semoga kita sentiasa sabar dan ikhlas dalam beribadah kepada Allah.. :)

Tuesday, June 14, 2011

Deserve To Be Tested

Assalamualaikum.. :)
As a human being, we deserve to be tested by Allah s.w.t.
The Quran has mentioned that :
"Do the people think that they will be left to say 'we believe'
without being put to the test?"

manusia memang susah nak trima ujian Allah dengan hati yang tenang..susah nak sabar bila dapat musibah..susah nak jadi orang yang tabah bila ada masalah..

sebagai hamba Allah, kita memang layak diuji..kalau Allah tak bagi apa-apa ujian, layak kah kita mengaku kita ni adalah hamba yang beriman? apakah ukuran yang boleh kita bandingkan untuk mendapat tempat yang baik di sisi Allah? layakkah kita mengimpikan jannah Allah? astagfirullahhala'zim..



sabar itu merupakan perkara yang paling penting di dalam hidup kita..firman Allah : "aku bersama hambaku selagi mana ia mengingatiku dan kedua-dua bibirnya bergerak (utk berzikir)" Allah maha mendengar..

kita tak boleh ada sangka yang buruk pada Allah..kalau doa kita belum dimakbulkan, mknanya Allah nak uji kita sejauh mana kita boleh bersabar dan redha..sesungguhnya di sebalik kesusahan itu ada kemudahan..jadi, setiap kali ada masalah atau musibah, ingatkan diri kita bahawa kita sedang diuji..kita adalah hamba Allah yang layak diuji.. :)

Sunday, June 5, 2011

If The Clock Can Turn Back

salam.. :)

have u met anybdy who has never made a mistake in their life? no right..all of us have done numerous things in our life..but, if we can turn back the clock,
  • what would we have done differently?
  • what have we done in the past that we regretted doing?
  • what are the things we omitted to do in our life?
  • could we perform better in our life?



kalau masa boleh putar balik pun, kita tetap akan buat salah..itulah hakikat sebenar manusia..kadang-kadang kita kalah dengan godaan nafsu..kita leka dengan hal-hal dunia..kita seronok melakukan dosa..kita lupa pada maha mencipta..jadi, tak payah laa ingat benda-benda yang dah lepas..as the saying goes, let bygone be bygone..innallaha ghofurur rahim..

if we spend our life thinking about what we should have done instead of what we still can, we'll live life at a standstill. it is best to learn from our missteps and apply those lessons to all that lies ahead.. :)

Wednesday, June 1, 2011

Bersabarlah

salam akhir zaman....

sifat manusia yang susah dibentuk adalah sabar..kan? sampaikan ada orang cakap, "sabar tu ada hadnya". Sebenarnya falsafah ni tak patut diaplikasikan dalam hidup kita..untuk jadi manusia yang berjaya duniawi dan ukhrowi, sabar tu adalah kunci yang terbaik..
firman Allah s.w.t :
sesungguhnya orang yg bersabar sahaja
yg akan disempurnakan pahala mereka dengan tidak terkira.

kita perlu bersabar dalam :-
  • menunaikan semua perintah Allah
  • meninggalkan semua larangan Allah
  • menghadapi sesuatu musibah atau bala bencana
betapa ramai umat islam yang tidak menunaikan solat..betapa ramai umat islam yang tidak menutup aurat dengan sempurna..sebab apa mudah sangat tinggalkan perintah Allah? jelas laa sebab tak mampu bersabar dan tewas dengan godaan nafsu dan syaitan..

kenapa ramai umat islam yang minum arak? kenapa ramai umat islam yang berzina dan buang anak? sebab tak mampu bersabar untuk tinggalkan benda-benda mungkar yang dilarang Allah..cabaran dunia sekarang semakin besar..umat islam semakin ditipu dengan helah dunia..

bila seseorang itu ditimpa musibah, hatinya mula salahkan pihak lain..cepat gelisah dan mudah marah..sebab apa susah sangat nak sabar? mesti laa sebab tak biasakan diri dengan sifat tu..padahal, Allah kan maha melihat lagi maha mengetahui..mengadu pada Allah boleh ringankan beban..lagipun pertolongan dari Allah sentiasa ada..bersangka baik laa dengan Allah.. :)


Sesungguhnya Allah maha pengampun lagi maha penyayang..sama2 laa kita praktikkan kesabaran dalam hidup kita..semoga hidup kita penuh dengan cahaya iman dan sentiasa mendapat keredhaan Allah..insyaAllah.. 

Friday, May 20, 2011

Just For You ( bakal mursyidku )


wahai bakal Imam ku,
tiada siapa mengenalimu termasuklah diri ini..
dirimu masih rahsia penciptamu..rahsia yang telah ditentukan untukku..
yang perlu kusingkap dengan segunung taubat dan sepenuh kesungguhan..
sujudku, cuma jambatan istikharah yang bisa merungkai rahsia ini..

wahai bakal mujahidku,
namamu tidak menjadi idamanku..
apa lagi untuk menatap wajahmu..menggeletar diri ini apabila
terfikirkan azab Allah..lantaran itu, diri ini amat bersyukur kerana masih
tidak di takdirkan sebarang pertemuan sedar antara kita..
ku bimbang andai terjadi pertemuan itu sebelum lafaz akad darimu,
kita bakal menempah siksaan Allah..
bertahun lama yang ku tunggu ini bukanlah dirimu..
tetapi yang ku tunggu adalah lafaz akad yang
akan membimbing diri ini ke Jannah Allah..
Apalah ertinya perasaan kasih yang bersemi untukmu bakal suamiku,
andai maharnya bukan kemampuanmu untuk
mendidikku menjadi mujahidah yang mencintai DIA lebih dari segalanya..

wahai bakal suamiku,
tiada yang lebih bahagia melainkan didikanmu
yang akan membuatkan diri ini mencintai perjuangan menegakkan agama ALLAH..
berikan ku sepenuh kekuatanmu dalam mendidik iman ku agar syahidmu ku damba..
berikan jua segala kasihmu agar mahligai atas dasar cinta suci dapat dibina..
bantulah diriku agar sujudku kan tegar pada NYA
dalam memohon dikurniakan pada kita mujahid-mujahid
yang akan menyambung perjuanganmu..
berikanku sebahagian hatimu sebagai inspirasi padaku
untuk menghantar satu per satu bakal mujahid kita ke medan jihad..
hatimu itu milik robbul jaleel, dan ku pohon sebagaian itu sebagai semangatku.. 

Wahai bakal mursyidku,
seadanya diri ini sekarang, hanyalah dalam mujahadah
mentarbiyyah jiwa agar diriku bisa menjadi sayapmu mengenggam syahid..
tersangatlah bimbang jika diri ini gagal mendidik hati..
semoga semuanya terjawab dalam sujud yang kita
labuhkan demi redha NYA..
biarlah seribu malam berlalu tapi pastikan
ianya berlalu dengan alunan sendu dalam sujud kita diatas lembaran
tahajjud dan istikharah....

Wednesday, May 18, 2011

Benefits of Tears

Salam..
Kajian ilmiah menetapkan bahawa
perempuan lebih banyak menangis empat kali ganda berbanding lelaki.
Ini kerana mereka memiliki kelenjar-kelenjar air mata yang bentuknya lebih besar
daripada kelenjar-kelenjar air mata lelaki.

Air Mata :-
  • dapat membantu mengembalikan keseimbangan kimia tubuh.
  • dapat meringankan kadar tekanan kejiwaan.
  • menangis faktor penyebab panjangnya usia kaum hawa.
  • membasuh mata dan mengosongkannya daripada kandungan racun.




air mata mengandungi peratusan racun yang dikeluarkan dari tubuh melalui tangisan..Para ilmuwan dalam bidang kedoktoran jiwa menegaskan bahawa menangis dapat menyelamatkan perempuan masa kini dari ketegangan urat saraf yang ia alami akibat banyaknya permasalahan yang harus dihadapi ketika menjalani rutin kehidupan.

Dari Sudut Islam :-
Rasulullah Saw bersabda "Ada dua jenis titisan yang sangat disukai oleh Allah, titisan air mata kerana takut pada NYA dan titisan darah kerana perjuangan di jalan NYA."

(ياأيها الناس ابكوا فإن لم تبكوا فتباكوا، فإن أهل النار يبكون في النار حتى تسيل دموعهم في خدودهم، كأنها جداول حتى تنقطع الدموع، فيسيل –يعني الدم- فيقرح العيون)


maksudnya: Hai manusia! Menangislah kamu..jika kamu tak boleh menangis bua-buat lah menangis (sehingga boleh menangis), maka sesungguhnya ahli neraka menangis sehinggalah mengalir air mata di pipi mereka seolah-olah ada anak sungai sampailah habisnya air mata.. maka mengalirlah darah sehingga mata menjadi luka.. (Hadis Hasan)




jom kita tengok diri kita yang selalu bergelumang dengan noda dan dosa..diri yang tak rasa takut dengan siksa Allah..mata yang jarang menangis sebab takut pada Allah..jom kita hitung, sampai detik ni, dah brapa kali air mata kita menitis kerana takut pada Allah, kerana mengingat dosa-dosa kita dan kerana mengingat siksanya yang pedih..wallahul musta`an wa a`lam..



Tuesday, May 3, 2011

Its About Me


Assalamualaikumwarahmatullah.. 

sebagai manusia yang lemah, aku mengaku kadang-kadang aku banyak habiskan masa dengan hal-hal dunia..aku leka..sikit sangat masa aku untuk Allah..padahal Allah sentiasa rindukan suara hamba-hambanya..rindukan doa-doa, puji-pujian..tapi di mana aku saat itu? apa yang aku buat? seronok sangat dengan urusan dunia..walaupn aku lalai dalam beribadah kepada Allah, tapi DIA tetap kurniakan macam2 nikmat untuk aku..DIA tetap tolong aku bila aku susah.. astaghfirullahhala'zim..

dalam aku tak sedar, aku jatuh hati pada seseorang..mungkin sebab peribadinya yang mulia buat aku tertarik..aku tahu, islam tak menghalalkan cinta sebelum pernikahan..aku cuba tolak rasa ni..aku tak mahu ada zina hati..astaghfirullahhala'zim..

setiap hari aku seronok dengan gurauan-gurauan yang aku cipta sndiri..ada apa pada gelak tawa..tak salah kalau nak bersuka, tapi haruskah berlebihan..? kalau boleh nampak azab Allah pada alam yang akan datang, mesti aku tak selalu ketawa..mesti tangisan yang selalu jadi teman aku kat dunia ni..tapi aku selalu lupa tentang azab-azab Allah..astaghfirullahhala'zim..




hati hiba mengenangkan dosa-dosa yang ku lakukan..
telah aku merasakan derita jiwa dan perasaan
kerana hilang dari jalan menuju redhamu ya Allah..
di hamparan ini, ku meminta moga taubatku diterima..

Sunday, May 1, 2011

Ask Ourself

Salam Akhir Zaman..

semakin hari kita semakin leka dengan helah dunia..tenggelam dalam dosa yang sudah menjadi rutin harian.. sehingga kita tak sedar hari kiamat semakin hampir dengan kita..
    
  • kaburkah mata kita dengan bukti-bukti kebesaran Allah..?
  • lupakah kita pada ajaran-ajaran yang disampaikan oleh junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W..?
  • tertutup kah pintu hati kita utk menerima islam yg sebenar..? 
  • pada siapa kita serahkan hati kita..?
  • untuk tujuan apa kita mengejar keindahan dunia semata-mata..?
  • sudahkah kita mengkaji ayat-ayat Allah..?
nau'zubillah.....

renung laa diri kita dalam-dalam dan buat laa perubahan mengikut landasan islam yang betul..sebelum Allah menutup pintu taubatnya, bagi laa peluang pada diri kita untuk menginsafi segala dosa yang pernah kita lakukan..diri kita dahagakan kemanisan iman..jiwa kita perlukan ketenangan..hati kita inginkan kebahagiaan..hidup kita perlukan nikmat islam..semuanya ada pada ayat-ayat Allah..


surah Al-Baqarah : ayat 256

tidak ada paksaan utk memasuki agama Islam; sesungguhnya telah jelas jalan yg benar daripada jalan yg sesat. kerana itu baranggsiapa yang ingkar kepada Thaqhut dan beriman kpada ALLAH, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada buhul tali yang amat kuat yang tidak akan putus. dan ALLAH maha mendengar lagi maha mengetahui.

Saturday, April 30, 2011

Broken Heart and the Solutions

Assalamualaikum..

hati kita mudah untuk dilukai kan? bila terluka siapa yang sudi merawat? rasanya kita sendiri yang perlu berusaha mencari ubat..kalau kita mengadu pada manusia, belum tentu hati kita akan pulih balik..tapi kalau kita mengadu pada Allah, nescaya luka di hati tu akan sembuh..sesungguhnya Allah maha mendengar.. :)



ubat hati :
  • baca quran dan maknanya
  • solat malam
  • berkumpul dengan orang yang soleh
  • selalu berpuasa
  • zikir malam
kita tak kan mampu menghalang orang lain dari melukakan hati kita..mungkin ada silap kita or mungkin orang tu tak sedar..macam-macam andaian kita boleh buat tapi belum tentu kita dapat jawapan kan..so, berdamping laa dengan Allah..dengan izinnya, semua penyakit hati akan hilang..tak kira laa penyakit tu disebabkan oleh orang lain, ataupun diri sendiri..



  • tenangkan hati kita dengan membaca ayat-ayat Allah..
  • Hiaslah hati kita dengan Zikrullah..
  • ingatkan hati kita dengan kebesaran Allah..
  • segarkan hati kita dengan kata-kata yang indah..
  • pastikan hati kita sentiasa merindui Allah..
  • damaikan hati kita dengan ketentuan Allah..
MAY ALLAH BLESS US.. :)

Thursday, April 28, 2011

Our Last Day

Salam Akhir Zaman..

mati itu adalah hakikat kejadian..orang yang bijak adalah orang yang sentiasa mengingati mati..jadi, adakah kita termasuk dalam golongan orang-orang yg bijak?

kenapa orang takut mati?
mungkin sebab orang tak tahu hakikat mati yang sebanar..tak tahu ke mana diri dan jiwa raga akan pergi..orang sangka, bila badan dan jiwa bercerai dari tubuh, maka hancur laa di dalam kubur..orang sangka, mati itu adalah sakit yang paling hebat, lebih sakit dari segala macam penyakit..padahal mati itu bukan penyakit..ada juga orang takut mati sebab takut kena seksa dalam kubur nanti..macam-macam persepsi orang kita..



hakikat sebenar, mati tetap akan datang..kita semua tau kan..jadi untuk apa kita takut? kita cuma perlu bersedia..kita akan masuk ke alam lain..alam yang tak pernah kita rasa dan nikmatnya tak kan sama dengan alam sekarang ni..yg penting doa..Allah maha pengasih lagi maha penyayang..minta di jauhkan dari azab-azab kubur..dalam masa yang sama tinggalkan lah semua sifat mazmumah dan istighomah lah dalam beribadah..insyaAllah..

kita dah kesuntukan..semakin hari kita semakin hampir dengan mati..bersedia lah untuk berjumpa dengan Allah..kalau tak, amalan apa yang kita nak bawa? tak kan dengan diri yang penuh dosa ni kita nak mengadap tuhan kita yang sentiasa anugerah macam nikmat kat kita..malu pada Allah..astaghfirullahhala'zim..





Wednesday, April 27, 2011

I love Allah

salam akhir zaman..

rasa cinta pada ALLAH tak boleh di samakan dengan rasa cinta pada makhluk2 yang lain
rasa cinta pada ALLAH adalah nikmat yang tak dapat diungkapkan dengan kata-kata
rasa cinta pada ALLAH buat kita kenal betapa kerdilnya kita di sisinya
rasa cinta pada ALLAH dapat merawat setiap luka yang ada di dalam hati
subhanallah




tanpa mencintai ALLAH jiwa tak akan tenang
tanpa mencintai ALLAH kita akan kecewa dengan dugaan hidup
tanpa mencintai ALLAH rasa bahagia akan hilang dalam hidup
tanpa mencintai ALLAH buat kita hilang segala-galanya
nau'zubillah

Monday, April 25, 2011

Happy

Assalamualaikum.. :)

betul orang cakap, memaafkan tu dapat mengurangkan kesakitan..terbukti..! :) hari ni rasa tenang dan happy..tak mau tension dah even ada banyak benda yang tak siap lagi..take it easy right? chill laa..hidup akan bermakna sangat kalau kita isi dengan benda-benda yg Allah dan orang lain suka.. :)



kita perlu belajar jadi lebih matang kan..anggap laa apa yang buruk tu sebagai satu dugaan dan cabaran hidup..think positive adalah yang terbaik.. :P

Wednesday, April 20, 2011

Miracles

salam..

 i have found that, if you love life,
life will love you always..


oooww..rupa-rupanya ramai yang sayangkan saya..
ramai yang ambil berat tentang saya..
ramai yang suka kawan dengan saya..
ramai...


thankz a lot to all my family n friends..
saya pun sayang kamu semua..sangat-sangat..
tak nak kehilangan sapa-sapa pun..
kecuali Allah nak ambil balik hakNYA..


nashkurullah..thank you Allah
for all the things that you gave to me..
and you open my eyes to see the miracles in ISLAM..
thank you...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...