Friday, May 20, 2011

Just For You ( bakal mursyidku )


wahai bakal Imam ku,
tiada siapa mengenalimu termasuklah diri ini..
dirimu masih rahsia penciptamu..rahsia yang telah ditentukan untukku..
yang perlu kusingkap dengan segunung taubat dan sepenuh kesungguhan..
sujudku, cuma jambatan istikharah yang bisa merungkai rahsia ini..

wahai bakal mujahidku,
namamu tidak menjadi idamanku..
apa lagi untuk menatap wajahmu..menggeletar diri ini apabila
terfikirkan azab Allah..lantaran itu, diri ini amat bersyukur kerana masih
tidak di takdirkan sebarang pertemuan sedar antara kita..
ku bimbang andai terjadi pertemuan itu sebelum lafaz akad darimu,
kita bakal menempah siksaan Allah..
bertahun lama yang ku tunggu ini bukanlah dirimu..
tetapi yang ku tunggu adalah lafaz akad yang
akan membimbing diri ini ke Jannah Allah..
Apalah ertinya perasaan kasih yang bersemi untukmu bakal suamiku,
andai maharnya bukan kemampuanmu untuk
mendidikku menjadi mujahidah yang mencintai DIA lebih dari segalanya..

wahai bakal suamiku,
tiada yang lebih bahagia melainkan didikanmu
yang akan membuatkan diri ini mencintai perjuangan menegakkan agama ALLAH..
berikan ku sepenuh kekuatanmu dalam mendidik iman ku agar syahidmu ku damba..
berikan jua segala kasihmu agar mahligai atas dasar cinta suci dapat dibina..
bantulah diriku agar sujudku kan tegar pada NYA
dalam memohon dikurniakan pada kita mujahid-mujahid
yang akan menyambung perjuanganmu..
berikanku sebahagian hatimu sebagai inspirasi padaku
untuk menghantar satu per satu bakal mujahid kita ke medan jihad..
hatimu itu milik robbul jaleel, dan ku pohon sebagaian itu sebagai semangatku.. 

Wahai bakal mursyidku,
seadanya diri ini sekarang, hanyalah dalam mujahadah
mentarbiyyah jiwa agar diriku bisa menjadi sayapmu mengenggam syahid..
tersangatlah bimbang jika diri ini gagal mendidik hati..
semoga semuanya terjawab dalam sujud yang kita
labuhkan demi redha NYA..
biarlah seribu malam berlalu tapi pastikan
ianya berlalu dengan alunan sendu dalam sujud kita diatas lembaran
tahajjud dan istikharah....

Wednesday, May 18, 2011

Benefits of Tears

Salam..
Kajian ilmiah menetapkan bahawa
perempuan lebih banyak menangis empat kali ganda berbanding lelaki.
Ini kerana mereka memiliki kelenjar-kelenjar air mata yang bentuknya lebih besar
daripada kelenjar-kelenjar air mata lelaki.

Air Mata :-
  • dapat membantu mengembalikan keseimbangan kimia tubuh.
  • dapat meringankan kadar tekanan kejiwaan.
  • menangis faktor penyebab panjangnya usia kaum hawa.
  • membasuh mata dan mengosongkannya daripada kandungan racun.




air mata mengandungi peratusan racun yang dikeluarkan dari tubuh melalui tangisan..Para ilmuwan dalam bidang kedoktoran jiwa menegaskan bahawa menangis dapat menyelamatkan perempuan masa kini dari ketegangan urat saraf yang ia alami akibat banyaknya permasalahan yang harus dihadapi ketika menjalani rutin kehidupan.

Dari Sudut Islam :-
Rasulullah Saw bersabda "Ada dua jenis titisan yang sangat disukai oleh Allah, titisan air mata kerana takut pada NYA dan titisan darah kerana perjuangan di jalan NYA."

(ياأيها الناس ابكوا فإن لم تبكوا فتباكوا، فإن أهل النار يبكون في النار حتى تسيل دموعهم في خدودهم، كأنها جداول حتى تنقطع الدموع، فيسيل –يعني الدم- فيقرح العيون)


maksudnya: Hai manusia! Menangislah kamu..jika kamu tak boleh menangis bua-buat lah menangis (sehingga boleh menangis), maka sesungguhnya ahli neraka menangis sehinggalah mengalir air mata di pipi mereka seolah-olah ada anak sungai sampailah habisnya air mata.. maka mengalirlah darah sehingga mata menjadi luka.. (Hadis Hasan)




jom kita tengok diri kita yang selalu bergelumang dengan noda dan dosa..diri yang tak rasa takut dengan siksa Allah..mata yang jarang menangis sebab takut pada Allah..jom kita hitung, sampai detik ni, dah brapa kali air mata kita menitis kerana takut pada Allah, kerana mengingat dosa-dosa kita dan kerana mengingat siksanya yang pedih..wallahul musta`an wa a`lam..



Tuesday, May 3, 2011

Its About Me


Assalamualaikumwarahmatullah.. 

sebagai manusia yang lemah, aku mengaku kadang-kadang aku banyak habiskan masa dengan hal-hal dunia..aku leka..sikit sangat masa aku untuk Allah..padahal Allah sentiasa rindukan suara hamba-hambanya..rindukan doa-doa, puji-pujian..tapi di mana aku saat itu? apa yang aku buat? seronok sangat dengan urusan dunia..walaupn aku lalai dalam beribadah kepada Allah, tapi DIA tetap kurniakan macam2 nikmat untuk aku..DIA tetap tolong aku bila aku susah.. astaghfirullahhala'zim..

dalam aku tak sedar, aku jatuh hati pada seseorang..mungkin sebab peribadinya yang mulia buat aku tertarik..aku tahu, islam tak menghalalkan cinta sebelum pernikahan..aku cuba tolak rasa ni..aku tak mahu ada zina hati..astaghfirullahhala'zim..

setiap hari aku seronok dengan gurauan-gurauan yang aku cipta sndiri..ada apa pada gelak tawa..tak salah kalau nak bersuka, tapi haruskah berlebihan..? kalau boleh nampak azab Allah pada alam yang akan datang, mesti aku tak selalu ketawa..mesti tangisan yang selalu jadi teman aku kat dunia ni..tapi aku selalu lupa tentang azab-azab Allah..astaghfirullahhala'zim..




hati hiba mengenangkan dosa-dosa yang ku lakukan..
telah aku merasakan derita jiwa dan perasaan
kerana hilang dari jalan menuju redhamu ya Allah..
di hamparan ini, ku meminta moga taubatku diterima..

Sunday, May 1, 2011

Ask Ourself

Salam Akhir Zaman..

semakin hari kita semakin leka dengan helah dunia..tenggelam dalam dosa yang sudah menjadi rutin harian.. sehingga kita tak sedar hari kiamat semakin hampir dengan kita..
    
  • kaburkah mata kita dengan bukti-bukti kebesaran Allah..?
  • lupakah kita pada ajaran-ajaran yang disampaikan oleh junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W..?
  • tertutup kah pintu hati kita utk menerima islam yg sebenar..? 
  • pada siapa kita serahkan hati kita..?
  • untuk tujuan apa kita mengejar keindahan dunia semata-mata..?
  • sudahkah kita mengkaji ayat-ayat Allah..?
nau'zubillah.....

renung laa diri kita dalam-dalam dan buat laa perubahan mengikut landasan islam yang betul..sebelum Allah menutup pintu taubatnya, bagi laa peluang pada diri kita untuk menginsafi segala dosa yang pernah kita lakukan..diri kita dahagakan kemanisan iman..jiwa kita perlukan ketenangan..hati kita inginkan kebahagiaan..hidup kita perlukan nikmat islam..semuanya ada pada ayat-ayat Allah..


surah Al-Baqarah : ayat 256

tidak ada paksaan utk memasuki agama Islam; sesungguhnya telah jelas jalan yg benar daripada jalan yg sesat. kerana itu baranggsiapa yang ingkar kepada Thaqhut dan beriman kpada ALLAH, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada buhul tali yang amat kuat yang tidak akan putus. dan ALLAH maha mendengar lagi maha mengetahui.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...