Sunday, April 10, 2011

Women

Assalamualaikum... :)

hari nie nak cakap pasal wanita..wanita nie ibarat permata dalam bekas kaca yang hanya mampu dilihat dari luar, tak boleh disentuh dan hanya orang yang layak saja dapat memilikinya..penah dengar kan ayat nie..? maknanya darjat wanita tu diangkat begitu tnggi..
sabda Rasulullah SAW :
"akan muncul dalam kalangan umatku pada akhir zaman, wanita yang berpakaian tetapi seperti bertelanjang..di atas kepala mereka pula terdapat bonggolan seperti bonggol unta yang lemah gemalai..oleh itu, laknat lah mereka semua..sesungguhnya mereka ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium bau syurga"

na'uzubillah...kalau kita lihat dunia sekarang, apa yang Nabi kita bagitahu tu tengah menjadi-jadi kan? semakin hari semakin ramai wanita yang macam tu..jom sama-sama kita renung diri kita..di mana kita? masih dalam godaan dunia? betul ka kita dah tutup aurat dengan sempurna? masih tak percaya dengan kata-kata junjungan kita or kita percaya tapi tak nak ikut? astagfirullah hala'zim..

manusia boleh berubah..dan perubahan itu bukan suatu yang mudah..kita mesti istighomah..tapi kita harus berusaha bersungguh-sungguh..first, kita akan rasa sukar, lepas tu  rasa biasa and finally rasa kemanisan iman..nikmat Allah tu indah..rugi kalau kita tak cari..


jom sama-sama kita menghadapi situasi yang gawat nie untuk kembali kepada kehendak Allah s.w.t. yang ingin kita berusaha mengendalikan hawa nafsu berwahanakan ilmu..sebenarnya kita nie umpama berdiri di satu pelabuhan kehidupan dan sedang menunggu kapal yang akan membawa kita ke destinasi terakhir iaitu akhirat yang lebih kekal..jadi, carilah apa yang menyenangkan Allah bagi memungkinkan kita meraih komoditi yg tidak terbanding nilainya..... :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...