Thursday, March 17, 2011

Lost

salam....

*pejam mata dan cuba rasa apa yang ada dalam hati..tiba2 aku terdengar luahan ini..

mungkin kerana ego, aku tahan perasaan sedihku
mungkin kerana ego, aku tahan rasa cemburuku
mungkin kerana ego, aku tahan luka dihatiku
sehingga kau tak pernah sedar akan semua kewujudan itu dalam diriku....
aku cuba melupakan segalanya namun ku tak berdaya
kerana kau sering kali mengulanginya
hari demi hari kau terus menyeksa
sehingga aku lemah dalam kegagalanku
lalu ku cuba membuat andaian baru
mungkin itu cara kau bermesra
aku terus membisu tanpa luahan rasa
kerana aku tak mampu untuk bersuara....
aku cuba beri yang terbaik
namun kau tak pernah merasa
di mana silapku cubalah kau beritahu
di mana kealpaanku segeralah cakap satu per satu
agar aku dapat membakarnya menjadi debu
dan kau pula bahagia selalu....

kadang-kadang aku juga tidak mengerti
hati ini yang sering kali terguris
tetapi engkau pula yang memandang sinis
aku telah lelah mencari benih untuk disemai dalam lubuk hatimu
namun, mengapa sukar bagimu mempertahankan persahabatan yang kita bina dulu....
aku cuba mencari kekuatan sendiri saat terluka dengan kata-katamu yang penuh duri
kau tak akan mengerti....
kau tak akan mengerti....
aku ambil keputusan untuk berdiam diri kerana aku tahu allah maha mengetahui
biarlah allah menjadi saksi akan perihal ini
semoga suatu hari nanti kau akan mengerti nilai kasihku selama ini...


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...