Tuesday, March 22, 2011

Allah's Gift

Assalamualaikum.. :)

dalam kita tak sedar, setiap hari kita menikmati semua pemberian Allah..ataupun kita sedar tapi tak pernah bersyukur..kenapa susah sangat diri nie nak ingat Allah setiap masa? susah sangat nak jauhkan semua benda yg Allah larang..susah sangat ka apa yg Allah perintahkan? nau'zubillah..

cukup laa sekadar kita lihat satu per satu apa yang ada pada diri kita..
  • rupa paras yang indah
  • akal yang sempurna
  • perasaan yang pelbagai
  • tubuh badan yang sihat
  • panca indra yang baik
apa lagi yang tak cukup? manusia itu sebaik-baik kejadian..tapi diri nie selalu leka..selalu lupa..susah nak jaga diri sendiri..benda yang paling sukar adalah lidah..

Daripada Abu Said al-Khudri : Rasulullah saw bersabda "Bila pagi telah tiba seluruh anggota badan anak Adam akan mengingkari lidahnya. Semuanya berkata: Hendaklah engkau (wahai lidah) bertakwa kepada Allah mengenai kami. Kami ini (anggota badan) tergantung kepadamu, jika engkau lurus, maka luruslah kami dan jika engkau bengkok, maka bengkoklah kami.

tu baru satu benda..macam mana dengan penjagaan hati, emosi, pandangan, aurat dan yang lain-lain..? astaghfirullahhala'zim..

Allah tunjuk kekuasannya melalui pelbagai keadaan..kita tengok dengan mata kita sendiri, kita dengar dengan telinga kita sendiri tapi sebab apa kita TAK boleh istighamah dalam beribadah kepadanya..cuba kita renung dalam-dalam..di mana kita? sejauh mana hubungan kita dengan Allah?







sesungguhnya Allah itu maha pengampun..Allah tak kan mengubah sesuatu kaum itu, melainkan mereka mengubah diri mereka sendiri..cuba cari jalan yang terbaik..semoga bahagia dunia dan akhirat....:)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...