Wednesday, June 1, 2011

Bersabarlah

salam akhir zaman....

sifat manusia yang susah dibentuk adalah sabar..kan? sampaikan ada orang cakap, "sabar tu ada hadnya". Sebenarnya falsafah ni tak patut diaplikasikan dalam hidup kita..untuk jadi manusia yang berjaya duniawi dan ukhrowi, sabar tu adalah kunci yang terbaik..
firman Allah s.w.t :
sesungguhnya orang yg bersabar sahaja
yg akan disempurnakan pahala mereka dengan tidak terkira.

kita perlu bersabar dalam :-
  • menunaikan semua perintah Allah
  • meninggalkan semua larangan Allah
  • menghadapi sesuatu musibah atau bala bencana
betapa ramai umat islam yang tidak menunaikan solat..betapa ramai umat islam yang tidak menutup aurat dengan sempurna..sebab apa mudah sangat tinggalkan perintah Allah? jelas laa sebab tak mampu bersabar dan tewas dengan godaan nafsu dan syaitan..

kenapa ramai umat islam yang minum arak? kenapa ramai umat islam yang berzina dan buang anak? sebab tak mampu bersabar untuk tinggalkan benda-benda mungkar yang dilarang Allah..cabaran dunia sekarang semakin besar..umat islam semakin ditipu dengan helah dunia..

bila seseorang itu ditimpa musibah, hatinya mula salahkan pihak lain..cepat gelisah dan mudah marah..sebab apa susah sangat nak sabar? mesti laa sebab tak biasakan diri dengan sifat tu..padahal, Allah kan maha melihat lagi maha mengetahui..mengadu pada Allah boleh ringankan beban..lagipun pertolongan dari Allah sentiasa ada..bersangka baik laa dengan Allah.. :)


Sesungguhnya Allah maha pengampun lagi maha penyayang..sama2 laa kita praktikkan kesabaran dalam hidup kita..semoga hidup kita penuh dengan cahaya iman dan sentiasa mendapat keredhaan Allah..insyaAllah.. 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...