Thursday, August 25, 2011

Saat itu

Assalamualaikum..

pernah tak kita bayangkan saat roh sedang keluar meninggalkan jasad kita? masa tu dengan izin allah, dipertontonkan destinasi kita di akhirat sana..syaitan pula tak jemu-jemu mengajak kita untuk meninggalkan agama yang agung ini..mampukah kita mengucap kalimah lailahaillallah..?

pernah tak kita bayangkan keadaan kita saat berada dalam kubur? apa perasaan kita bila malaikat datang untuk menyoal kita..mampukah kita menjawab semua soalan itu..?

pernah tak kita bayangkan suasana padang mahsyar? dalam keadaan apa kita dibangkitkan untuk mengadap ALLAH..? layakkah kita menerima syafaat NABI..dan yang paling takut, tangan mana yang akan menerima buku amalan..?

pernah tak kita bayangkan perjalanan kita diatas titian siratulmustaqim? titi yang menjadi penentu destinasi kita yang abadi..adakah sepantas kilat kita dapat melepasi titi itu atau kita akan terjatuh kebawah..?

semoga ALLAH memberi kesudahan yang terbaik untuk kita semua..kita tak tahu bila malaikat maut datang untuk menjemput kita kan.. boleh jadi tahun depan, boleh jadi bulan depan, boleh jadi minggu depan, boleh jadi esok dan boleh jadi sekejap lagi..so bersedia laa setiap masa.. :)


MENANTI DI BARZAKH
FAR EAST

ku merintih, aku menangis
ku meratap, aku mengharap
ku meminta dihidupkan semula
agar dapat kembali ke dunia nyata

perjalanan rohku melengkapi sebuah kembara
singgah di rahim bonda sebelum menjejak ke dunia
menanti di barzakh sebelum berangkat ke mahsyar
diperhitung amalan penentu syurga atau sebaliknya

tanah yang basah berwarna merah semerah mawar dan jugak rindu
tujuh langkah pun baru berlalu seusai talkin penanda shahdu
tenang dan damai di pusaraku, nisan batu menjadi tugu
namun tak siapa pun tahu resah penantianku

terbangkitnya aku dari sebuah kematian
seakan ku dengari tangis mereka yang ku tinggalkan
kehidupan di sini bukan suatu khayalan
tetapi ia sebenar kejadian

kembali oh kembali, kembalilah ke dalam diri
sendirian sendiri, sendiri bertemankan sepi
hanya kain putih yang membaluti tubuhku
terbujur dan kaku, jasad didalam keranda kayu

ajal yang datang dimuka pintu, tiada siapa yang memberitahu
tiada siapa pun dapat hindari, tiada siapa yang terkecuali
lemah jemari nafas terhenti, tidak tergambar sakitnya mati
cukup sekali tak sanggup untuk ku mengulangi

jantung berdenyut kencang menantikan malaikat datang
menggigil ketakutan gelap pekat dipandangan
selama ini diceritakan kini aku merasakan
di alam barzakh jasad dikebumikan               

ku merintih, aku menangis
ku meratap, aku mengharap
ku meminta dihidupkan semula
agar dapat kembali ke dunia nyata


 

Sunday, August 14, 2011

Silent Love

Assalamualaikum..

i wanna ask you something..

have you ever lived in pretense..?? i mean quietly loving without any condition..a feeling of love that's unknown and hiding it, not knowing for how long..
have you ever fallen deeply..?? loving the person unconditionally and just acting normal all the time..
have you ever been hurt unintentionally but put on a smile, pretended to be happy..?? deep inside you're in pain and suffering but outside you're jolly and laughing..


the greatest distance on earth is not north and south..it is when i'm right in front of you and you do not know that i love you..



biar laa menjadi rahsia..rasa suka, sayang dan cinta itu adalah anugerah Allah..tapi..selagi tidak halal di sisiNYA, untuk apa dan demi siapa membiarkan perasaan itu berkembang hari demi hari..? sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertakwa..apa laa nilai pengorbanan perasaan ini kalau nak dibandingkan dengan mentaati ketetapan Allah..yakin dan percaya laa bahawa Allah tidak akan mensia-siakan hambaNYA..semoga cinta yang dicari adalah cinta suci yang dibina melalui keredhaan Allah.. :)

Saturday, August 13, 2011

Tarawih Prayer

Salam Ramadhan..

Ramadhan adalah bulan yg mulia dan merupakan pesta ibadah yg menjadi kebanggaan kita..bulan ni laa umat islam menunaikan solat tarawih yg penuh dengan kelebihan dan keberkatan..sungguh besar fadhilat solat tarawih..

malam pertama
keluar dosa-dosa orang mukmin sepertimana ia baru dilahirkan dan mendapat keampunan dari Allah..

malam kedua
diampunkan dosa-dosa orang mukmin serta kedua ibubapanya (sekiranya mereka orang yg beriman)..

malam ketiga
berseru para Malaikat di bawah Arasy supaya meneruskan solat tarawih terus-menerus dan semoga Allah mengampunkan dosa-dosanya..

malam keempat
memperolehi pahala sebagaimana pahala oranag-orang yg membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran..

malam kelima
Allah mengurniakan pahala seumpama orang yg solat di Masjidilharam, Masjid Madinah dan Masjidil Aqsa..

malam keenam
Allah mengurniakan pahala kepadanya seumpama pahala Malaikat-malaikat yg tawaf di Baitul Mamur (70 ribu Malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah-tanah mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa-dosa orang yg mengerjakan solat tarawih pada malam ini..

malam ketujuh
seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong Nabi itu menentang musuh ketatnya, Firaun dan Hamman..

malam kelapan
Allah mengurniakan pahala orang solat tarawih sepertimana yg telah dikurniakan kepada Nabi Allah Ibrahim Alaihissalam..

malam kesembilan
Allah mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad S.A.W.

malam kesepuluh
Allah Subhanahuwataala mengurniakan kepadanya kebaikan di dunia dan di akhirat..

malam kesebelas
keluar ia daripada dunia (mati) bersih daripada dosa seperti baru dilahirkan..

malam kedua belas
dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yg bercahaya

malam ketiga belas
dibangkitkan pada hari kiamat dalam aman sentosa daripada tiap-tiap kejahatan dan keburukan..

malam keempat belas
datang Malaikat menyaksikan ia solat tarawih dan Allah tidak menyesatkannya pada hari kiamat..

malam kelima belas
semua Malaikat yg menanggung Arasy, Kursi, berselawat dan mendoakannya supaya Allah memberi keampunan kepadanya..

malam keenam belas
Allah tuliskan baginya antara golongan yg terlepas daripada neraka dan dimasukkan ke dalam Syurga..

malam ketujuh belas
Allah kurniakan pahala orang yang bertarawih pada malam ini sebanyak pahala Nabi-nabi.

malam kelapan belas
Seru Malaikat : Hai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha kepada engkau dan ibubapa engkau (yang
masih hidup atau mati)..

malam kesembilan belas
Allah Subhanahuwataala tinggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus..

malam kedua puluh
Allah kurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang solihin..

malam kedua puluh satu
Allah binakan sebuah istana dalam Syurga daripada nur..

malam kedua puluh dua
dibangkitkan pada hari kiamat aman daripada tiap-tiap dukacita dan kerisauan (tidaklah dalam keadaan huruhara di Padang Masyar)..

malam kedua puluh tiga
Allah Subhanahuwataala binakan kepadanya sebuah bandar di dalam Syurga daripada nur..

malam kedua puluh empat
Allah buka peluang 24 doa yang mustajab bagi orang bertarawih malam ini, (elok sekali berdoa ketika dalam
sujud)..

malam kedua puluh lima
Allah Taala angkatkan daripada siksa kubur..

malam kedua puluh enam
Allah kurniakan pahala kepada orang bertarawih pada malam ini seumpama 40 tahun ibadat..

malam kedua puluh tujuh
Allah kurniakan orang bertarawih pada malam ini ketangkasan melintas atas titian Sirotulmustaqim seperti
kilat menyambar..

malam kedua puluh lapan
Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 darjat di akhirat..

malam kedua puluh sembilan
Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 kali haji yang mabrur..

malam ketiga puluh
Allah Subhanahuwataala beri penghormatan kepada orang bertarawih pada malam terakhir ini yang
teristimewa sekali, lalu berfirman:
“Hai hambaKu : makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingini hendak makan di dalam syurga, dan mandilah engkau dariapda air syurga yang bernama Salsabila, serta munumlah air daripada telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad S.A.W. yang bernama Al-Kauthar.”

Thursday, August 11, 2011

I Believe

when you're searching for the light
and you see no hope in sight
be sure and have no doubt
he's always close to you

he's the one who knows you best
he knows what's in your heart
you'll find your peace at last
if you just have faith in him

you're always in our hearts and minds
your name is mentioned everyday
i'll follow you no matter what
my biggest wish is to see you one day

i believe
i believe
i believe
do you believe, oh do you believe?

coz i believe
in a man who used to be
so full of love and harmony
he fought for peace and liberty
and never would be hurt anything
he was a mercy for mankind
a teacher till the end of time
no creature could be compared to him
so full of light and blessings

if you lose your way
believe in a better day
trials will come
but surely they will fade away
if you just believe
what is plain to see
just open your heart
and let his love flow through

i believe i believe, i believe i believe
and now i feel my heart is at peace..


Tuesday, August 2, 2011

Marhaban yaa Ramadhan

Salam Ramadhan..

Daripada Abu Hurairah r.a. Rasulullah s.a.w. bersabda yg bermaksud..
Allah berfirman, "setiap amalan manusia itu untuknya kecuali puasa..
ia untukku dan aku yg memberi ganjarannya."


berlapar kerana Allah indah nikmatnya.. :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...