Saturday, November 26, 2011

Rahsia Hati

Wahai seorang kekasih..
di sini aku ingin menyatakan hasrat hati..semoga kau akan memahami apa yang tersirat di kalbuku selama ini..aku lihat kau begitu indah..namun aku tahu, kau juga ada kekurangan..cuma, kekuranganmu itu hanya menjadi rahsia pencipta yang maha agung..aku tak mampu mentafsir di mana silap tentang dirimu..mungkin sifat itu berselindung di sebalik cinta yang aku pendam..mungkin juga ditutup rapi dengan perasaan indahku terhadapmu..


Wahai seorang kekasih..
namamu selalu di mindaku..wajahmu yang tenang itu sering terpancar dalam bayanganku..setiap hari aku tercari-cari akan dirimu..entah untuk apa..sebenarnya aku gemuruh pabila kita bersua muka..dan aku terasa bahagia saat kita berbicara bersulam jenaka..tapi aku tahu, kau tak pernah merasa semua itu kan..

Wahai seorang kekasih..
aku sedar siapa diriku ini..aku hanya insan biasa yang tak punya apa-apa..sedang kau jejaka hebat yang memiliki segalanya..aku mengerti kau sedang di lamun cinta..siapakah si gadis bertuah itu wahai jejaka..?? kau sering memujinya tanpa meninggalkan tanda untuk aku meneka gerangannya..alangkah cemburu dihatiku..tapi tak mengapa..aku merelekannya kerana aku tak punya kuasa untuk menghalang perasaanmu..

Wahai seorang kekasih..
sebenarnya aku rasa teramat bersalah kepada pencipta kita kerana membiarkan dirimu bertandang dalam hati dan pemikiranku..aku tersiksa kerana gagal berperang dengan nafsuku..tapi..sungguh..andai kau tahu akan perasaanku terhadapmu, pasti kau akan terharu..


Wahai seorang kekasih...
aku rasa..biar setakat sini sahaja kau hidup dalam diriku..cukuplah sampai sini aku pendam rasa..pergi lah kau terbang bebas mencari tujuanmu..aku pasrah..aku tak mahu siksa jiwaku lagi..pergilah kau dari hatiku..aku terasa berdosa pada tuhan kita..aku gagal menundukkan pandanganku..aku gagal mengawal perasaanku..namun, aku masih berpeluang untuk membetulkan keadaan kan..? biarkan aku hanya memiliki cinta hakiki..itu adalah yang terbaik untukku..hasbiyallahu..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...