Sunday, September 11, 2011

Tidak ada Keraguan TentangNYA

Assalamualaikum..

Rasa syukur dipanjatkan kepada Allah, tuhan pencipta sekelian alam..segala nikmat dan kurniaannya terlalu banyak untuk membuktikan cintaNYA kepada kita..subhanallah

dalam riwayat bukhari ada menyebut, Allah berfirman : "aku selalu mengikut sangkaan hambaku. aku sentiasa bersama-samanya. ketika dia mengingatiku dalam dirinya, aku pun mengingatinya dalam diriku. jika dia mengingatiku di hadapan orang ramai, aku pun akan mengingatinya di hadapan orang yang lebih ramai. jika dia mendekatiku sepanjang sejengkal, aku akan mendekatinya sehasta. jika dia mendekatiku sehasta, aku akan mendekatinya sedepa. jika dia mendatangiku dengan berjalan kaki, aku akan mendatanginya dengan berlari."


kasih sayang Allah terlalu besar untuk kita..malangnya, ada orang yang mengaku dirinya islam tapi ragu-ragu tentang kewujudan Allah..ada yang keliru dan sentiasa ingin tahu bagaimana rupa Allah..masyaAllah..usiklah iman, bagaimana keadaannya saat melontarkan keraguan itu..manusia memang ada sifat ingin tahu..tapi sedar laa bahawa kita tak akan mampu..


bayangkan ada sebuah kotak yang tertutup rapi..boleh tak kita tahu dengan tepat apa yang ada dalam kotak tu? kita tak kan tahu kan..sebab kita nie lemah..perkara yang remeh sebegitu pun kita tak mampu untuk berfikir, inikan pula tentang rupa Allah, tuhan yang maha mulia..maha agung..tak terjangkau akal kita..

andaikan kita melihat kapal terbang di atas awan sana..kita tahu tak ada pemandu yang sedang mengendalikan kapal terbang tu? mesti ada kan..malah kita yakin ada..tapi kita tak nampak pun..so macam mana kita yakin? begitu laa Allah..sesungguhnya Allah itu wujud..tidak ada keraguan tentangNYA..

tidakkah kita melihat kalimah Allah di merata-rata tempat? tidakkah kita menyedari kewujudan kalimah itu pada diri kita sendiri? tidakkah kita merasai ada zat yg sedang menguasai seluruh alam? nikmat Allah yang mana yang sedang didustakan?



apabila kita berpegang pada rukun islam dan rukun iman, pasti tidak ada sebarang keraguan di dalam hati tentangNYA..sesungguhnya islam itu indah..janganlah kita mencemarinya dengan debu-debu hitam yang boleh memesongkan akidah kita..nau'zubillah..jadi, mari sama-sama kita kaji ayat-ayat Allah agar bertambah kekuatan iman dalam diri dan merasai kemanisannya..sesungguhnya Allah itu penyabar..DIA maha pengampun.. :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...