Saturday, August 13, 2011

Tarawih Prayer

Salam Ramadhan..

Ramadhan adalah bulan yg mulia dan merupakan pesta ibadah yg menjadi kebanggaan kita..bulan ni laa umat islam menunaikan solat tarawih yg penuh dengan kelebihan dan keberkatan..sungguh besar fadhilat solat tarawih..

malam pertama
keluar dosa-dosa orang mukmin sepertimana ia baru dilahirkan dan mendapat keampunan dari Allah..

malam kedua
diampunkan dosa-dosa orang mukmin serta kedua ibubapanya (sekiranya mereka orang yg beriman)..

malam ketiga
berseru para Malaikat di bawah Arasy supaya meneruskan solat tarawih terus-menerus dan semoga Allah mengampunkan dosa-dosanya..

malam keempat
memperolehi pahala sebagaimana pahala oranag-orang yg membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran..

malam kelima
Allah mengurniakan pahala seumpama orang yg solat di Masjidilharam, Masjid Madinah dan Masjidil Aqsa..

malam keenam
Allah mengurniakan pahala kepadanya seumpama pahala Malaikat-malaikat yg tawaf di Baitul Mamur (70 ribu Malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah-tanah mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa-dosa orang yg mengerjakan solat tarawih pada malam ini..

malam ketujuh
seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong Nabi itu menentang musuh ketatnya, Firaun dan Hamman..

malam kelapan
Allah mengurniakan pahala orang solat tarawih sepertimana yg telah dikurniakan kepada Nabi Allah Ibrahim Alaihissalam..

malam kesembilan
Allah mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad S.A.W.

malam kesepuluh
Allah Subhanahuwataala mengurniakan kepadanya kebaikan di dunia dan di akhirat..

malam kesebelas
keluar ia daripada dunia (mati) bersih daripada dosa seperti baru dilahirkan..

malam kedua belas
dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yg bercahaya

malam ketiga belas
dibangkitkan pada hari kiamat dalam aman sentosa daripada tiap-tiap kejahatan dan keburukan..

malam keempat belas
datang Malaikat menyaksikan ia solat tarawih dan Allah tidak menyesatkannya pada hari kiamat..

malam kelima belas
semua Malaikat yg menanggung Arasy, Kursi, berselawat dan mendoakannya supaya Allah memberi keampunan kepadanya..

malam keenam belas
Allah tuliskan baginya antara golongan yg terlepas daripada neraka dan dimasukkan ke dalam Syurga..

malam ketujuh belas
Allah kurniakan pahala orang yang bertarawih pada malam ini sebanyak pahala Nabi-nabi.

malam kelapan belas
Seru Malaikat : Hai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha kepada engkau dan ibubapa engkau (yang
masih hidup atau mati)..

malam kesembilan belas
Allah Subhanahuwataala tinggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus..

malam kedua puluh
Allah kurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang solihin..

malam kedua puluh satu
Allah binakan sebuah istana dalam Syurga daripada nur..

malam kedua puluh dua
dibangkitkan pada hari kiamat aman daripada tiap-tiap dukacita dan kerisauan (tidaklah dalam keadaan huruhara di Padang Masyar)..

malam kedua puluh tiga
Allah Subhanahuwataala binakan kepadanya sebuah bandar di dalam Syurga daripada nur..

malam kedua puluh empat
Allah buka peluang 24 doa yang mustajab bagi orang bertarawih malam ini, (elok sekali berdoa ketika dalam
sujud)..

malam kedua puluh lima
Allah Taala angkatkan daripada siksa kubur..

malam kedua puluh enam
Allah kurniakan pahala kepada orang bertarawih pada malam ini seumpama 40 tahun ibadat..

malam kedua puluh tujuh
Allah kurniakan orang bertarawih pada malam ini ketangkasan melintas atas titian Sirotulmustaqim seperti
kilat menyambar..

malam kedua puluh lapan
Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 darjat di akhirat..

malam kedua puluh sembilan
Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 kali haji yang mabrur..

malam ketiga puluh
Allah Subhanahuwataala beri penghormatan kepada orang bertarawih pada malam terakhir ini yang
teristimewa sekali, lalu berfirman:
“Hai hambaKu : makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingini hendak makan di dalam syurga, dan mandilah engkau dariapda air syurga yang bernama Salsabila, serta munumlah air daripada telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad S.A.W. yang bernama Al-Kauthar.”

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...