Wednesday, June 22, 2011

Sakaratul Maut

Salam Sakaratul Maut..


setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati..walau macam mana kita cuba elak pun, maut tetap akan datang tepat pada waktunya..jadi, sudahkah kita bersedia? pernah tak kita membayangkan detik-detik kematian kita nanti? sabda Rasulullah s.a.w. "sakaratul maut itu sakitnya sama dengan tusukan tiga ratus pedang"..astagfirullahhala'zim..macam mana laa keadaan kita kan..


Imam Ghozali mengutip atsar Al-Hasan yg bermaksud "demi Allah, seandainya jenazah yang sedang kalian tangisi bisa berbicara sekejab lalu menceritakan pengalaman sakaratul mautnya pada kalian, nescaya kalian akan melupakan jenazah tersebut dan mulai menangisi diri kalian sendiri"..sebenarnya Allah tutup hijab kita daripada tengok keadaan sebenar orang-orang yang sedang diambil nyawa mereka..pada pandangan kita, orang tu tak rasa sakit, tapi hakikat sebenar kita tak nampak keperitan mereka..wallahhua'lam..




setiap hari malaikat maut datang melawat kita sebanyak 70 kali..masa tu apa yang kita buat? disebabkan kita tak nampak malaikat, kita leka dengan urusan-urusan dunia..kan..? ada org, selalu lupa kat Allah..malah, seronok buat maksiat dan rasa megah dengan nikmat yang mereka dapat..orang-orang yang macam ni berada dalam keadaan yang bahaya sebab mungkin Allah akan ambil nyawa mereka dalam keadaan sedang buat maksiat..bila  tersedar, mereka dah pun ada dalam kubur dan tiba2 datangnya malaikat, ular-ular yg besar, kala jengking dan sbagainya..nau'zubillah..


untuk meringankan keseksaan roh ketika dicabut oleh malaikat maut, kita mestilah tingkatkan amalan kita, antaranya :
  • berzikir
  • menjaga solat terutamanya solat fardhu
  • menghormati azan
  • sentiasa membaca al-Quran
  • membanyakkan bersedekah
  • bertasbih
amalan yang perlu dijauhi :
  • bercakap bohong
  • khianat
  • mengadu domba
  • kencing berdiri
kata nabi, orang yang paling bijak adalah orang yang sentiasa mengingati mati..semoga kita sentiasa sabar dan ikhlas dalam beribadah kepada Allah.. :)

Tuesday, June 14, 2011

Deserve To Be Tested

Assalamualaikum.. :)
As a human being, we deserve to be tested by Allah s.w.t.
The Quran has mentioned that :
"Do the people think that they will be left to say 'we believe'
without being put to the test?"

manusia memang susah nak trima ujian Allah dengan hati yang tenang..susah nak sabar bila dapat musibah..susah nak jadi orang yang tabah bila ada masalah..

sebagai hamba Allah, kita memang layak diuji..kalau Allah tak bagi apa-apa ujian, layak kah kita mengaku kita ni adalah hamba yang beriman? apakah ukuran yang boleh kita bandingkan untuk mendapat tempat yang baik di sisi Allah? layakkah kita mengimpikan jannah Allah? astagfirullahhala'zim..



sabar itu merupakan perkara yang paling penting di dalam hidup kita..firman Allah : "aku bersama hambaku selagi mana ia mengingatiku dan kedua-dua bibirnya bergerak (utk berzikir)" Allah maha mendengar..

kita tak boleh ada sangka yang buruk pada Allah..kalau doa kita belum dimakbulkan, mknanya Allah nak uji kita sejauh mana kita boleh bersabar dan redha..sesungguhnya di sebalik kesusahan itu ada kemudahan..jadi, setiap kali ada masalah atau musibah, ingatkan diri kita bahawa kita sedang diuji..kita adalah hamba Allah yang layak diuji.. :)

Sunday, June 5, 2011

If The Clock Can Turn Back

salam.. :)

have u met anybdy who has never made a mistake in their life? no right..all of us have done numerous things in our life..but, if we can turn back the clock,
  • what would we have done differently?
  • what have we done in the past that we regretted doing?
  • what are the things we omitted to do in our life?
  • could we perform better in our life?



kalau masa boleh putar balik pun, kita tetap akan buat salah..itulah hakikat sebenar manusia..kadang-kadang kita kalah dengan godaan nafsu..kita leka dengan hal-hal dunia..kita seronok melakukan dosa..kita lupa pada maha mencipta..jadi, tak payah laa ingat benda-benda yang dah lepas..as the saying goes, let bygone be bygone..innallaha ghofurur rahim..

if we spend our life thinking about what we should have done instead of what we still can, we'll live life at a standstill. it is best to learn from our missteps and apply those lessons to all that lies ahead.. :)

Wednesday, June 1, 2011

Bersabarlah

salam akhir zaman....

sifat manusia yang susah dibentuk adalah sabar..kan? sampaikan ada orang cakap, "sabar tu ada hadnya". Sebenarnya falsafah ni tak patut diaplikasikan dalam hidup kita..untuk jadi manusia yang berjaya duniawi dan ukhrowi, sabar tu adalah kunci yang terbaik..
firman Allah s.w.t :
sesungguhnya orang yg bersabar sahaja
yg akan disempurnakan pahala mereka dengan tidak terkira.

kita perlu bersabar dalam :-
  • menunaikan semua perintah Allah
  • meninggalkan semua larangan Allah
  • menghadapi sesuatu musibah atau bala bencana
betapa ramai umat islam yang tidak menunaikan solat..betapa ramai umat islam yang tidak menutup aurat dengan sempurna..sebab apa mudah sangat tinggalkan perintah Allah? jelas laa sebab tak mampu bersabar dan tewas dengan godaan nafsu dan syaitan..

kenapa ramai umat islam yang minum arak? kenapa ramai umat islam yang berzina dan buang anak? sebab tak mampu bersabar untuk tinggalkan benda-benda mungkar yang dilarang Allah..cabaran dunia sekarang semakin besar..umat islam semakin ditipu dengan helah dunia..

bila seseorang itu ditimpa musibah, hatinya mula salahkan pihak lain..cepat gelisah dan mudah marah..sebab apa susah sangat nak sabar? mesti laa sebab tak biasakan diri dengan sifat tu..padahal, Allah kan maha melihat lagi maha mengetahui..mengadu pada Allah boleh ringankan beban..lagipun pertolongan dari Allah sentiasa ada..bersangka baik laa dengan Allah.. :)


Sesungguhnya Allah maha pengampun lagi maha penyayang..sama2 laa kita praktikkan kesabaran dalam hidup kita..semoga hidup kita penuh dengan cahaya iman dan sentiasa mendapat keredhaan Allah..insyaAllah.. 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...