Sunday, April 3, 2011

Allahhuakbar

tentang Allah... :)

maha suci Allah
tiada kuasa makhluk mengatasi kudrah kekuasaannya
dialah Allah dia atas singgahsana arash..
dengan kerana keesaan dan tunggalnya Dia
segala di atas arash dimiliki dengan mudah dan senang
demi kemuliaannya, semua wajah sujud dan tunduk kepadanya...



ampunilah hamba ya Allah
tiada tuhan melainkan engkau
yang maha hidup, yang maha berdiri dengan sendiri
dan aku bertaubat padamu dengan taubat seorang hamba 
yang menzalimi diri sendiri
aku tiadalah pula berkuasa memudaratka apa-apa
mahupun menghidupkan sesuatu ataupun membangkitkan manusia
yang telah mati..



tuhan..jika engkau tidak menunjukkan islam pada hamba
tidak mungkin hamba sampai kepadanya
ya Allah..andai engkau tidak melepaskan lidah hamba
untuk berdoa padamu
tidak mungkin hamba mampu berdoa
kiranya tidak engkau kenalkan lazatnya nikmatmu
tidak mungkin pula hamba dapat mengecapinya
kalau tidak engkau terangkan kerasnya siksaanmu
tidak mungkin hamba memohon perlindungan daripadamu...



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...