Wednesday, May 18, 2011

Benefits of Tears

Salam..
Kajian ilmiah menetapkan bahawa
perempuan lebih banyak menangis empat kali ganda berbanding lelaki.
Ini kerana mereka memiliki kelenjar-kelenjar air mata yang bentuknya lebih besar
daripada kelenjar-kelenjar air mata lelaki.

Air Mata :-
  • dapat membantu mengembalikan keseimbangan kimia tubuh.
  • dapat meringankan kadar tekanan kejiwaan.
  • menangis faktor penyebab panjangnya usia kaum hawa.
  • membasuh mata dan mengosongkannya daripada kandungan racun.




air mata mengandungi peratusan racun yang dikeluarkan dari tubuh melalui tangisan..Para ilmuwan dalam bidang kedoktoran jiwa menegaskan bahawa menangis dapat menyelamatkan perempuan masa kini dari ketegangan urat saraf yang ia alami akibat banyaknya permasalahan yang harus dihadapi ketika menjalani rutin kehidupan.

Dari Sudut Islam :-
Rasulullah Saw bersabda "Ada dua jenis titisan yang sangat disukai oleh Allah, titisan air mata kerana takut pada NYA dan titisan darah kerana perjuangan di jalan NYA."

(ياأيها الناس ابكوا فإن لم تبكوا فتباكوا، فإن أهل النار يبكون في النار حتى تسيل دموعهم في خدودهم، كأنها جداول حتى تنقطع الدموع، فيسيل –يعني الدم- فيقرح العيون)


maksudnya: Hai manusia! Menangislah kamu..jika kamu tak boleh menangis bua-buat lah menangis (sehingga boleh menangis), maka sesungguhnya ahli neraka menangis sehinggalah mengalir air mata di pipi mereka seolah-olah ada anak sungai sampailah habisnya air mata.. maka mengalirlah darah sehingga mata menjadi luka.. (Hadis Hasan)




jom kita tengok diri kita yang selalu bergelumang dengan noda dan dosa..diri yang tak rasa takut dengan siksa Allah..mata yang jarang menangis sebab takut pada Allah..jom kita hitung, sampai detik ni, dah brapa kali air mata kita menitis kerana takut pada Allah, kerana mengingat dosa-dosa kita dan kerana mengingat siksanya yang pedih..wallahul musta`an wa a`lam..



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...