Wednesday, January 18, 2012

Hikmah Di Sebalik Kejadian

Aku tak pernah sangka benda tu akan berlaku..aku tak pernah sangka..! tapi tu cerita dulu..aku cuba betulkan keadaan..namun, limau masih terasa masam..ucapan maaf tak memberi apa-apa makna..senyumku dibalas pandangan sinis..kau kaum sejenisku..kau kaum seagamaku..ku fikir kau lebih jelas tentang Islam..namun mengapa perkara kecil kau besar-besarkan?? tapi tak mengapa..di sebalik kejadian itu, aku mendapat hikmah yang besar..kesannya mendalam pada diriku..biarlah hanya aku yang merasa.. Alhamdulillah syukur..

aku tak tahu kenapa..aku tak tahu apa puncanya..aku tak tahu..! langkahku diperhati..perhatian itu berbau benci..wajahku dilihat..pandangannya kelihatan penuh duri..bisikan-bisikan halus pula sering mengiringi pendengaranku..wahai kaum hawa....kita bukan saling mengenali..kita tidak pernah bertegur sapa..jadi dimana silapnya?? aku tertekan dengan tingkah laku seperti itu..tapi tak mengapa..ujian Allah itu banyak caranya..aku terima..disebalik hal ini..aku belajar untuk menjadi seorang yang sabar..aku belajar untuk kuatkan hati..walaupun sukar, aku akan terus mencuba..mengalah dengan kelakuanmu itu, bukan beerti aku kalah..Alhamdulillah syukur..

aku tak minta perkara itu terjadi..aku tak minta rasa yang menyakitkan itu hadir dalam hidupku..aku tak minta..! dan tak layak untuk seorang hamba seperti aku bertanya kenapa perkara itu terjadi kepada aku..Tuhanku telah menetapkan segala-galanya untuk menduga hati dan kekuatanku..tak mengapa..Allah lebih tahu apa yang aku tak tahu..disebalik perkara itu, aku merasa sesuatu yang luar biasa..sungguh Islam itu hebat..rupa-rupanya di sebalik derita, terselit nikmat yang begitu indah..Alhamdulillah syukur..


tak mengapa..
biar aku sembunyi segala kesakitan yang aku rasa di dasar hatiku..biar semua orang menyangka bahawa aku sentiasa gembira dan bahagia..biar hanya Allah yang tahu segala-galanya..sesungguhnya hikmah dari Allah itu terlalu besar..ujian Allah tu hebat sesuailah dengan nikmat dan kasih sayangnya yang luas..Allahuakbar.. :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...