Saturday, April 30, 2011

Broken Heart and the Solutions

Assalamualaikum..

hati kita mudah untuk dilukai kan? bila terluka siapa yang sudi merawat? rasanya kita sendiri yang perlu berusaha mencari ubat..kalau kita mengadu pada manusia, belum tentu hati kita akan pulih balik..tapi kalau kita mengadu pada Allah, nescaya luka di hati tu akan sembuh..sesungguhnya Allah maha mendengar.. :)



ubat hati :
  • baca quran dan maknanya
  • solat malam
  • berkumpul dengan orang yang soleh
  • selalu berpuasa
  • zikir malam
kita tak kan mampu menghalang orang lain dari melukakan hati kita..mungkin ada silap kita or mungkin orang tu tak sedar..macam-macam andaian kita boleh buat tapi belum tentu kita dapat jawapan kan..so, berdamping laa dengan Allah..dengan izinnya, semua penyakit hati akan hilang..tak kira laa penyakit tu disebabkan oleh orang lain, ataupun diri sendiri..



  • tenangkan hati kita dengan membaca ayat-ayat Allah..
  • Hiaslah hati kita dengan Zikrullah..
  • ingatkan hati kita dengan kebesaran Allah..
  • segarkan hati kita dengan kata-kata yang indah..
  • pastikan hati kita sentiasa merindui Allah..
  • damaikan hati kita dengan ketentuan Allah..
MAY ALLAH BLESS US.. :)

Thursday, April 28, 2011

Our Last Day

Salam Akhir Zaman..

mati itu adalah hakikat kejadian..orang yang bijak adalah orang yang sentiasa mengingati mati..jadi, adakah kita termasuk dalam golongan orang-orang yg bijak?

kenapa orang takut mati?
mungkin sebab orang tak tahu hakikat mati yang sebanar..tak tahu ke mana diri dan jiwa raga akan pergi..orang sangka, bila badan dan jiwa bercerai dari tubuh, maka hancur laa di dalam kubur..orang sangka, mati itu adalah sakit yang paling hebat, lebih sakit dari segala macam penyakit..padahal mati itu bukan penyakit..ada juga orang takut mati sebab takut kena seksa dalam kubur nanti..macam-macam persepsi orang kita..



hakikat sebenar, mati tetap akan datang..kita semua tau kan..jadi untuk apa kita takut? kita cuma perlu bersedia..kita akan masuk ke alam lain..alam yang tak pernah kita rasa dan nikmatnya tak kan sama dengan alam sekarang ni..yg penting doa..Allah maha pengasih lagi maha penyayang..minta di jauhkan dari azab-azab kubur..dalam masa yang sama tinggalkan lah semua sifat mazmumah dan istighomah lah dalam beribadah..insyaAllah..

kita dah kesuntukan..semakin hari kita semakin hampir dengan mati..bersedia lah untuk berjumpa dengan Allah..kalau tak, amalan apa yang kita nak bawa? tak kan dengan diri yang penuh dosa ni kita nak mengadap tuhan kita yang sentiasa anugerah macam nikmat kat kita..malu pada Allah..astaghfirullahhala'zim..





Wednesday, April 27, 2011

I love Allah

salam akhir zaman..

rasa cinta pada ALLAH tak boleh di samakan dengan rasa cinta pada makhluk2 yang lain
rasa cinta pada ALLAH adalah nikmat yang tak dapat diungkapkan dengan kata-kata
rasa cinta pada ALLAH buat kita kenal betapa kerdilnya kita di sisinya
rasa cinta pada ALLAH dapat merawat setiap luka yang ada di dalam hati
subhanallah




tanpa mencintai ALLAH jiwa tak akan tenang
tanpa mencintai ALLAH kita akan kecewa dengan dugaan hidup
tanpa mencintai ALLAH rasa bahagia akan hilang dalam hidup
tanpa mencintai ALLAH buat kita hilang segala-galanya
nau'zubillah

Monday, April 25, 2011

Happy

Assalamualaikum.. :)

betul orang cakap, memaafkan tu dapat mengurangkan kesakitan..terbukti..! :) hari ni rasa tenang dan happy..tak mau tension dah even ada banyak benda yang tak siap lagi..take it easy right? chill laa..hidup akan bermakna sangat kalau kita isi dengan benda-benda yg Allah dan orang lain suka.. :)



kita perlu belajar jadi lebih matang kan..anggap laa apa yang buruk tu sebagai satu dugaan dan cabaran hidup..think positive adalah yang terbaik.. :P

Wednesday, April 20, 2011

Miracles

salam..

 i have found that, if you love life,
life will love you always..


oooww..rupa-rupanya ramai yang sayangkan saya..
ramai yang ambil berat tentang saya..
ramai yang suka kawan dengan saya..
ramai...


thankz a lot to all my family n friends..
saya pun sayang kamu semua..sangat-sangat..
tak nak kehilangan sapa-sapa pun..
kecuali Allah nak ambil balik hakNYA..


nashkurullah..thank you Allah
for all the things that you gave to me..
and you open my eyes to see the miracles in ISLAM..
thank you...

New Spirit

salam.. :)


alhamdulillah..hari nie rasa tenang walaupun banyak lagi keja2 yg x ciap..xpa..redha ja laa..actly dpt motivasi dari klas arab tadi..ustaz bg nasihat yg mmg terbaik..subhanallah.. rasa semangat utk move on..!! mungkin diri nie kena berubah jadi lebih baik kot..exam da nak dekat, tp x start study lagi..xpa..ada masa lagi n x mau buang masa dah..insyaallah..so buat masa nie x mau main fb..laghooo ja..hehe




actly nak try control diri nie..x mau tension2 da..mulai hari nie, x mau pikir dah apa yg org nak cakap.. kita x bole nak tutup mulut org kan? n kita x bole buat semua org puas hati..sebab manusia nie serba x kena..so x kesah laa org nak ckp apa pn, yg penting, allah lebih mengetahui segala-galanya..cukup laa 2.. :) kadang2 kita sndiri yg x puas hati dgn org..mungkin kata2 dorg buat kita terasa hati..tp xpa..maafkan ja laa sebab memaafkan 2 dapat mengurangkan kesakitan.. :P


hope bole jadi wanita yg lebih baik.. :-
  • jaga hati
  • jaga pandangan
  • jaga aurat
  • jaga percakapan
  • jaga akhlak
  • jaga pelajaran
SEMOGA BERJAYA DALAM FARDU AIN & FARDU KIFAYAH.... :)

Monday, April 18, 2011

Tension

salam....

lately nie asyik rasa tension ja
mungkin sebab banyak kerja + final exam dah nak dekat
mugkin jugak sebab touching dengan kawan2..oopps ntah..sabar ja laa


nak balik rumah sangat-sangat dah nie
tapi tahan ja sebab kerja kat sini tak selesai lagi
tak sabar dah nak tunggu cuti sem..nak release tension..!
penat dah pikir macam-macam masalah
kena buat itu, buat ini..itu x kena, ini x kena.. :(

p/s: chill laa fieza..bukan senang nak berjaya dalam hidup nie..
tak payah merungut sangat laa..Allah kan ada..
semoga DIA permudahkan urusan kamu.. :)

Tuesday, April 12, 2011

The End of the Day

salam akhir zaman.. :)

NAUNGAN ALLAH
daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
Allah berfirman pada hari kiamat:
"Di manakah orang yang bercinta kerana keagunganku pada hari ini?
aku akan menaungi mereka di bawah naunganku
pada hari yang tiada naungan kecuali naunganku"

gambaran

nau'zubillah..tak sanggup tengok situasi ni..orang yang ada amal kebaikan walaupun sebesar biji sawi tak kan merasa situasi ni..kan? disebabkan ayat ni, kita jadi kabur dalam menilai azab Allah..kita kata, kita tak kan merasa hari yg dasyat ni sebab, tak kan laa kita tak buat baik lagsung..astagfirullah hala'zim..ingatlaa..kita ada hari perhitungan yang menggerunkan dengan Allah di padang mahsyar nanti..jangan kita jadi sombong..segalanya milik Allah..

tanda-tanda kecil kiamat dah pun berlaku..jadi, bila-bila masa saja tanda-tanda besar pula akan muncul..tapi kenapa kita masih tak sedar? kita semakin tertipu dengan godaan dunia..dalam kitab suci al-quran, Allah dah bagitahu tentang gambaran hari kiamat..bila berlakunya kiamat, maknanya kita dah hampir dengan hari perhitungan..dan......di mana tempat kita nanti.....? cukup ka amalan kita sebagai bekalan untuk dapat syurga Allah?


sementara pintu taubat belum tutup lagi..jom laa sama-sama kita balik ke jalan Allah..jalan yang berlandaskan syariat islam..sesungguhnya Allah itu maha pengampun lagi maha penyayang..jangan lah kita termasuk antara golongan yang rugi.....

Sunday, April 10, 2011

Women

Assalamualaikum... :)

hari nie nak cakap pasal wanita..wanita nie ibarat permata dalam bekas kaca yang hanya mampu dilihat dari luar, tak boleh disentuh dan hanya orang yang layak saja dapat memilikinya..penah dengar kan ayat nie..? maknanya darjat wanita tu diangkat begitu tnggi..
sabda Rasulullah SAW :
"akan muncul dalam kalangan umatku pada akhir zaman, wanita yang berpakaian tetapi seperti bertelanjang..di atas kepala mereka pula terdapat bonggolan seperti bonggol unta yang lemah gemalai..oleh itu, laknat lah mereka semua..sesungguhnya mereka ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium bau syurga"

na'uzubillah...kalau kita lihat dunia sekarang, apa yang Nabi kita bagitahu tu tengah menjadi-jadi kan? semakin hari semakin ramai wanita yang macam tu..jom sama-sama kita renung diri kita..di mana kita? masih dalam godaan dunia? betul ka kita dah tutup aurat dengan sempurna? masih tak percaya dengan kata-kata junjungan kita or kita percaya tapi tak nak ikut? astagfirullah hala'zim..

manusia boleh berubah..dan perubahan itu bukan suatu yang mudah..kita mesti istighomah..tapi kita harus berusaha bersungguh-sungguh..first, kita akan rasa sukar, lepas tu  rasa biasa and finally rasa kemanisan iman..nikmat Allah tu indah..rugi kalau kita tak cari..


jom sama-sama kita menghadapi situasi yang gawat nie untuk kembali kepada kehendak Allah s.w.t. yang ingin kita berusaha mengendalikan hawa nafsu berwahanakan ilmu..sebenarnya kita nie umpama berdiri di satu pelabuhan kehidupan dan sedang menunggu kapal yang akan membawa kita ke destinasi terakhir iaitu akhirat yang lebih kekal..jadi, carilah apa yang menyenangkan Allah bagi memungkinkan kita meraih komoditi yg tidak terbanding nilainya..... :)

Sunday, April 3, 2011

Allahhuakbar

tentang Allah... :)

maha suci Allah
tiada kuasa makhluk mengatasi kudrah kekuasaannya
dialah Allah dia atas singgahsana arash..
dengan kerana keesaan dan tunggalnya Dia
segala di atas arash dimiliki dengan mudah dan senang
demi kemuliaannya, semua wajah sujud dan tunduk kepadanya...



ampunilah hamba ya Allah
tiada tuhan melainkan engkau
yang maha hidup, yang maha berdiri dengan sendiri
dan aku bertaubat padamu dengan taubat seorang hamba 
yang menzalimi diri sendiri
aku tiadalah pula berkuasa memudaratka apa-apa
mahupun menghidupkan sesuatu ataupun membangkitkan manusia
yang telah mati..



tuhan..jika engkau tidak menunjukkan islam pada hamba
tidak mungkin hamba sampai kepadanya
ya Allah..andai engkau tidak melepaskan lidah hamba
untuk berdoa padamu
tidak mungkin hamba mampu berdoa
kiranya tidak engkau kenalkan lazatnya nikmatmu
tidak mungkin pula hamba dapat mengecapinya
kalau tidak engkau terangkan kerasnya siksaanmu
tidak mungkin hamba memohon perlindungan daripadamu...



Saturday, April 2, 2011

Deep in My Heart

salam :)

bila TER pandang dia rasa dup dap dup dap..haha hakikatnya, susah sangat nak jaga pandangan..manusia biasa laa kan..apa yang di larang tu, nak sangat buat..tapi sebenarnya, setiap hari dah cuba jaga pandangan nie..cuma belum berjaya..kadang2 TER pandang jugak..aisshhh tak baik laa..kena cuba sampai berjaya jugak kan....

mata dah suka tengok, macam mana? sebab apa ek..? mungkin sebab peribadi yang baik..mungkin sebab ilmu yang banyak..entah laa..yang pasti, rasa tenang bila TER pandang dia..walaupun tak pernah cakap dengan dia, tapi boleh nampak dia seorang yang :
  • rendah diri
  • penuh misteri..haha
  • cepat mesra dgn org lain
  • suka senyum
  • hebat
rasanya, hubungan dia dengan Allah mesti kuat, sebab....xtaw nak ckp, kena tengok sendiri baru tau.. :)

so..jatuh cinta kah??
= isshh x laa..
x mengaku kah??
= ehh apa nie..

ok ok..sebenarnya diri nie tak layak laa untuk orang yang macam tu..lagipun, just suka tengok dia..kagum dengan dia..tak dak rasa lebih-lebih laa..hehe lebih baik perbaiki diri dulu sebelum fikirkan soal hati dan perasaan..Allah lebih tahu apa yang kita tak tahu..semoga DIA beri yang terbaik......amin :)


Dalam aku mencari redhamu ya Allah
jiwaku perlu kepada mutiara ihsan
qalbuku perlu kepada permata iman
agar diriku indah dengan nikmat islam..

Tetapi bagaimana harus aku merasai semua itu
tanpa bimbingan seorang teman
yang mampu menjadi murshid pada diriku
menuju ke sisimu ya Allah..

Wahai tuhan yang maha pengasih
hadirkanlah ia dalam perjalanan hidupku
jangan engkau biarkan aku bersendirian
di dunia ini mahupun di akhirat nanti..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...